Masalah kesihatan mulut pada wanita hamil boleh menjejaskan kesihatan ibu dan juga bayi. Oleh itu, untuk mengelakkan sakit gigi, penyakit gusi atau gangguan mulut yang lain semasa kehamilan, strategi terbaik anda bermula dengan berjumpa doktor gigi. Penting untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah masalah mulut sepanjang kehamilan anda.
Doktor gigi dan pakar obstetrik lebih menyarankan wanita agar berjumpa doktor gigi sebelum hamil. Dengan cara ini, doktor gigi boleh melakukan pemeriksaan dan pembersihan menyeluruh serta merawat masalah gigi yang sedia ada – jadi anda tidak perlu khuatir akan hal ini sepanjang kehamilan anda.
Tetapi jika anda sudah hamil, tiada alasan untuk tidak menghadiri janji temu yang telah dijadualkan secara berkala. American Dental Association (ADA) mengesahkan bahawa pemeriksaan gigi semasa kehamilan adalah selamat, termasuk kebanyakan prosedur pergigian, sinar-X (dengan langkah berjaga-jaga yang betul) dan penggunaan anestetik setempat. Namun begitu, perlu dinasihatkan bahawa jika anda memerlukan rawatan pergigian, sebaiknya tunggu sehingga trimester kedua.
Perlu diingatkan bahawa anda mesti memberitahu pakar gigi anda:
Dan tentunya, pada bila-bila masa anda mengalami sakit gigi semasa kehamilan atau masalah dengan gusi anda, jangan tunggu sehingga bayi anda dilahirkan. Hubungi doktor gigi anda apabila mengalami tanda pertama masalah gigi.
Kami tahu bahawa anda cuba mengelakkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Akan tetapi, ada kalanya anda mungkin mengalami sakit gigi yang tidak tertanggung semasa kehamilan sebelum anda dapat berjumpa doktor gigi.
Jika anda memerlukan pereda sakit, berbincang dengan pakar perubatan pranatal anda mengenai ubatan ini:
Untuk memahami sebab anda berisiko mengalami kereputan gigi semasa kehamilan, anda harus mengetahui cara kaviti terbentuk:
Semasa hamil, anda lebih mudah mendapat kaviti kerana sebab-sebab ini:
Tetapi daripada mengabaikan rawatan mulut, anda perlu meningkatkan rutin penjagaan kesihatan mulut semasa kehamilan untuk mengelakkan kereputan gigi. Anda disarankan untuk:
Di samping kereputan gigi dan sakit gigi, ibu mengandung mungkin mengalami penyakit mulut yang lain. Masalah ini boleh berpunca daripada pengabaian rutin penjagaan kesihatan mulut anda atau peningkatan hormon. Walau apa pun penyebabnya, awasi masalah ini supaya anda boleh berjumpa doktor gigi anda secepat mungkin.
Penyakit Gusi dan Gingivitis Kehamilan: Bukanlah satu hal luar biasa bagi ibu mengandung mengalami gusi berdarah ketika memberus atau memflos gigi. Perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan boleh menyebabkan keradangan, kadang-kadang disebut gingivitis kehamilan.
Untuk mengelakkan keadaan ini berkembang menjadi penyakit gusi yang lebih serius, ikuti rutin penjagaan di rumah yang dipertingkat yang kami sampaikan. Doktor gigi anda mungkin mengesyorkan pembersihan yang lebih kerap untuk mengelakkan gusi sensitif anda menjadi lebih teruk.
"Tumor" Kehamilan pada Gusi: Kadang-kadang, pada trimester kedua, pembengkakan awal tisu gusi muncul di antara gigi. "Tumors" kehamilan benigna ini mudah berdarah dan mungkin disebabkan oleh plak yang berlebihan.
Jika anda rasa anda mengalami satu daripada "tumor" ini, sila berjumpa dengan pakar gigi anda. Tetapi jangan risau: Masalah ini biasanya hilang selepas rutin kebersihan mulut yang lebih baik dan bayi dilahirkan.
Gigi Longgar: Ini ialah satu lagi komplikasi kehamilan yang jarang berlaku. Gigi longgar boleh berlaku walaupun tiada penyakit gusi kerana hormon menjejaskan ligamen yang melekapkan gigi anda ke tulang. Sekiranya anda menyedari pergerakan baharu gigi, segera berjumpa dengan doktor gigi anda.
Untuk kehamilan yang selamat dan sihat serta demi kesihatan bayi anda, utamakan kesihatan mulut anda. Segera berjumpa dengan doktor gigi anda sebelum atau selepas anda hamil – atau jika anda mengalami masalah mulut semasa kehamilan. Elakkan sakit gigi dan keadaan gigi yang lain dengan meningkatkan penjagaan mulut anda. Berbincang dengan doktor pranatal anda mengenai pelega sakit yang selamat. Tidak lama lagi, anda boleh melemparkan senyuman yang sihat dan manis kepada bayi anda.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.