Menurut American Dental Association, berus antara gigi ialah peranti kecil yang direka untuk menggantikan flos anda dengan membersihkan plak pada celah gigi anda. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diketahui tentang berus ini dan cara ia berfungsi:
Berus antara gigi lawan flos. Ini ialah perbandingan yang bagus. Walaupun anda boleh menggunakan kaedah memflos yang lebih tradisional, ia tidak sesuai untuk semua orang. Malah, menurut U.S. News and World Report, hanya 1/3 rakyat negara ini memflos gigi setiap hari. Dan sebagai pembersih antara gigi yang utama, ini menimbulkan kerisauan. Di sinilah berus antara gigi boleh menjadi alternatif yang bagus. Setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya.
Sesetengah orang dengan keutamaan dan keadaan fizikal tertentu mungkin memilih berus antara gigi. Mereka ialah orang yang mempunyai:
Memandangkan anda sudah memahami tentang pembersihan antara gigi dan dapat menilai dengan betul antara memflos berbanding dengan memberus gigi, anda sepatutnya dapat menentukan pilihan yang terbaik untuk anda. Apa pun pilihan anda, pastikan anda membersihkan gigi dengan kerap seperti yang diarahkan oleh pasukan pergigian anda — ia bukan sesuatu yang boleh anda abaikan.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.