PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Walaupun anda menjaga kebersihan mulut dengan sempurna, anda masih boleh mendapat gigi kuning. Usia anda, makanan dan tabiat hidup anda boleh menyumbang kepada kesan yang ditinggalkan pada gigi dan malangnya, gigi kuning tidak manis dipandang. Mujurnya, dengan adanya ubat gigi pemutih, anda tidak semestinya berjumpa doktor gigi untuk memutihkan senyuman anda. Namun, sebelum anda membeli ubat gigi yang menjanjikan pemutihan gigi, pastikan anda memahami bagaimana dan mengapa produk tersebut berfungsi supaya anda boleh memilih produk yang betul.
Walaupun terdapat banyak pilihan yang boleh didapati di farmasi, tidak semua ubat gigi pemutih dihasilkan sama. Bahan aktif yang terkandung di dalamnya menjadi perbezaan sebenar keberkesanan produk pemutih. Biasanya, ubat gigi mengandungi satu daripada tiga bahan pemutih.
Selagi produk pemutih dinyatakan untuk penggunaan harian, anda boleh menggunakannya pada setiap hari. Sesetengah orang mungkin mengalami kesensitifan semasa menggunakan produk yang mengandungi hidrogen peroksida. Anda boleh mengurangkan kesensitifan ini dengan menggunakan ubat gigi pemutih dan ubat gigi biasa atau sensitif secara berselang seli setiap hari.
Tempoh yang diambil untuk sesuatu produk pemutih berkesan amat bergantung pada bahan-bahan dan tujuan ubat gigi tersebut. Contohnya, jika anda menggunakan ubat gigi yang mengandungi hidrogen peroksida, anda akan dapat melihat hasilnya lebih cepat berbandingan ubat gigi pemutih yang hanya mengandungi penanggal kesan kotoran permukaan.
Keinginan untuk memutihkan senyuman anda sambil memberus gigi setiap hari adalah sesuatu yang masuk akal. Anda sememangnya akan memberus gigi, jadi baik turut memutihkan gigi juga. Dengan memahami bagaimana ubat gigi berlainan berfungsi, anda akan mempunyai kawalan yang lebih baik tentang jenis bahan yang anda gunakan dan seberapa cepat anda dapat memperolehi senyuman yang sempurna.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Sama ada anda perlu berjimat atau memerlukan hasil untuk acara besar, berikut ialah pilihan pemutihan gigi yang terbaik untuk sebarang gaya hidup. Ketahui lebih lanjut di sini.
Sekiranya anda mempertimbangkan untuk memutihkan gigi, anda mungkin sudah tahu kos pemutihan gigi profesional adalah tinggi — jauh lebih mahal daripada alternatif di rumah. Ketahui lebih lanjut di sini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat