PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Jika anda melihat tiub berongga yang berpenyakit di dalam dentin gigi menggunakan mikroskop, tiub itu kelihatan 'seperti cacing'. Tugas tubul dentin sebenarnya sangat penting kerana ia mengalirkan kepekaan terhadap haba atau sejuk dari permukaan gigi ke saraf. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat sedikit kesakitan dan ketidakselesaan apabila tubulus itu terdedah. Betul, tubul kelihatan seperti cacing apabila dilihat melalui mikroskop. Tetapi tidak, tubul bukan cacing.
Jika bukan cacing yang berada dalam gigi dan gusi anda, maka apakah yang menyebabkan anda sakit gigi? Selalunya, dalang di sebalik sakit gigi adalah bakteria dalam plak yang menyebabkan kereputan gigi. Plak terbentuk apabila terdapat penumpukan bakteria pada gigi. Hal ini boleh membawa kepada kaviti dan penyakit gusi seperti gingivitis. Penyakit gusi dan periodontitis kronik menjejaskan hampir 94% rakyat Malaysia, menurut KKM.
Walaupun tiada cacing bayangan yang menyebabkan sakit gigi atau kaviti anda, namun terdapat beberapa pilihan rawatan untuk membantu memulihkan gigi anda. Doktor gigi anda boleh:
Jika gigi anda reput teruk, doktor gigi anda berkemungkinan besar mencabut gigi tersebut dan menggantikannya dengan implan atau jambatan. Mudah-mudahan, masalah tidak sampai ke situ.
Walaupun anda tidak perlu khuatir tentang cacing, anda perlu berusaha memastikan mulut anda sihat dan bersih. Bagaimana? Terdapat beberapa cara mudah. Anda harus:
Kita telah melangkah jauh dengan bantuan sains dan perubatan pergigian moden. Jadi amalkan kebersihan mulut yang baik dan biarkan cacing dimakan oleh burung.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Berikut ialah beberapa petua untuk membantu mencegah kaviti bagi mereka yang suka makan makanan manis
Cari teks dan ilustrasi untuk membantu anda mengetahui punca pereputan gigi supaya anda boleh menikmati senyuman yang sihat dan cantik.
Colgate menyediakan alat asas untuk kebersihan mulut, penyelenggaraan dan pilihan rawatan untuk penjagaan gigi yang lebih baik serta petua pemakanan bijak untuk seluruh keluarga.
Ubat gigi anti-kaviti No.1 untuk keluarga anda dengan Dwi-Fluorida** dan Kalsium. Terbukti secara klinikal
Ubat gigi anti-kaviti No.1 untuk keluarga anda dengan Dwi-Fluorida** dan Kalsium. Terbukti secara klinikal
Perlindungan kaviti 2-dalam-1: Meneutralkan asid gula dan menguatkan enamel untuk senyuman yang lebih sihat
Ubat gigi anti-kaviti No.1 untuk keluarga anda dengan Dwi-Fluorida** dan Kalsium. Terbukti secara klinikal
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat