Satu sebab lazim sakit pada gigi selepas anda mendapat tampalan ialah tampalan tidak diletakkan dengan betul, dan ia mengganggu gigitan anda. Tampalan yang terlalu tebal boleh menyebabkan; maloklusi, yang menghalang gigi daripada bercantum dengan betul apabila anda menggigit makanan. Doktor gigi anda boleh melaraskan ketebalan tampalan supaya anda boleh menggigit dengan selesa dan mudah.
Jenis tampalan yang digunakan oleh doktor gigi anda juga boleh menyebabkan kepekaan atau ketidakselesaan pada gigi. Sebagai contoh, kepekaan agak lazim berlaku apabila bahan; resin komposit;digunakan dalam tampalan dan mungkin disebabkan oleh tampalan yang mengecut sedikit dan mewujudkan jurang di bawah tampalan. Terdapat banyak cara untuk mengatasi atau menghapuskan kepekaan akibat tampalan komposit, iaitu menggunakan bahan yang berbeza atau mengubah kaedah yang digunakan untuk meletakkan tampalan.
Renjatan galvanik berlaku apabila tampalan bersebelahan yang diperbuat daripada logam berbeza (satu daripada emas dan satu lagi daripada amalgam) bersentuhan dan menghasilkan arus elektrik; namun, keadaan ini jarang berlaku.
Jika saraf yang meradang atau pulpa yang terdedah menjadi punca ketidakselesaan, pilihan anda mungkin adalah menjalani rawatan saluran akar atau meminta doktor gigi mencabut gigi yang rosak dan digantikan dengan implan atau jambatan.
Perlu diingat bahawa tampalan baharu anda juga mungkin bertambah teruk disebabkan oleh makanan dan minuman panas, sejuk atau manis serta udara dan tekanan akibat mengunyah. Kepekaan ini sepatutnya berkurangan dalam masa satu atau dua minggu. Jika tidak, jadualkan semula pertemuan dengan doktor gigi anda. Mereka mungkin merujuk anda kepada pakar pergigian yang dikenali sebagai; pakar endodontik, iaitu pakar pergigian yang merawat masalah yang menjejaskan akar gigi. Pakar endodontik mungkin menentukan bahawa gigi anda telah rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa. Dalam kes itu, mereka kemungkinan besar akan melakukan; rawatan saluran akar.
Matlamat mendapatkan tampalan adalah untuk membetulkan kereputan gigi atau kaviti dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan. Namun jika selepas seminggu tampalan dan anda masih berasa sakit semasa menggigit, makan atau malah hanya dengan membuka mulut. Tindakan terbaik adalah menjadualkan janji temu dengan doktor gigi anda secepat mungkin. Beliau akan dapat menentukan dan menyelesaikan isu tersebut.
Jika anda ingin mencegah kaviti dari awal, amalkan rutin penjagaan mulut yang baik di rumah.
Penjagaan pencegahan ialah kaedah terbaik, tetapi sebaik sahaja anda memerlukan tampalan, dapatkan bantuan doktor gigi anda untuk merancang langkah seterusnya.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.