Ketika usia akhir remaja dan awal dua puluhan, anda mungkin fikir bahawa anda telah mencapai semua peristiwa penting kesihatan mulut anda sehinggalah anda mengetahui yang gigi bongsu anda sedang muncul. Sesetengah orang hanya tumbuh satu atau dua gigi bongsu, sementara ada yang tidak tumbuh sama sekali. Atas pelbagai sebab, ada orang yang tidak mengalami masalah dengan gigi bongsu yang menyesakkan atau menghimpit gigi yang lain dan gigi bongsu mereka mungkin akan kekal seumur hidup.
Jangan bimbang; doktor gigi anda cenderung mengikuti perkembangan gigi bongsu anda semasa pemeriksaan gigi berkala anda. Mereka akan memeriksa untuk melihat sama ada gigi bongsu anda mempunyai ruang yang cukup atau sama ada ia akan terhimpit. Menurut American Dental Association (ADA), gigi terhimpit ialah gigi yang terperangkap di dalam rahang atau di bawah gusi anda dan terhalang apabila menembusi gusi untuk ke ruang mulut anda ketika ia cuba meletus.