PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Tahniah, gigi bongsu anda telah tumbuh! Malangnya, selalunya gigi bongsu ini— juga disebut sebagai geraham ketiga — perlu dicabut. Cara gigi ini tumbuh boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi, jadi mencabutnya lebih awal mungkin satu keputusan yang bijak dalam jangka panjang. Harga pencabutan gigi bongsu boleh menjadi satu halangan untuk senyuman yang lebih sihat, jadi ketahui lebih lanjut tentang anggaran kos dan faktor yang mungkin mempengaruhi kos keseluruhan anda.
Jika gigi bongsu anda meletus sepenuhnya di jajaran yang betul, anda mungkin tidak perlu mencabut gigi. Walau bagaimanapun, gigi bongsu sering terhimpit di bawah tulang dan tisu gusi. Himpitan itu menyebabkan gigi bongsu tidak mampu melepasi garis gusi dan meningkatkan risiko menghidap sista atau tumor. Ada juga yang mula meletus dan berhenti separuh jalan, lalu membenarkan bakteria membiak di sekitar gigi dan di bawah gusi. Malah, ada gigi bongsu yang menyesakkan dan merosakkan gigi bersebelahan jika tiada ruang yang cukup untuk meletus. Gigi bongsu yang salah kedudukan juga boleh memerangkap makanan atau sukar diflos dan menyediakan tempat untuk bakteria penyebab kaviti membiak. Sekiranya gigi bongsu anda perlu dibuang, sebaiknya cabut gigi tersebut ketika usia remaja. Akar gigi belum berkembang sepenuhnya pada usia ini, jadi ini meningkatkan peluang untuk prosedur yang lebih berjaya dan proses penyembuhan yang lebih cepat.
Pakar bedah maksilofasial biasanya akan melakukan pencabutan gigi bongsu. Pakar gigi ini telah menjalani latihan tambahan dan diperakui untuk mengendalikan ubat bius umum sekiranya diperlukan. Beberapa faktor boleh mempengaruhi kos prosedur anda, termasuk kewujudan dan jenis himpitan gigi, sama ada ubat bius diperlukan dan tempat anda tinggal. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kos pencabutan gigi bongsu yang biasa ialah:
Kos lain yang perlu dipertimbangkan termasuk sinar-x gigi, juga dikenali sebagai radiograf, yang menelan kos purata sekitar RM10. Pemeriksaan awal dan susulan anda juga mungkin melibatkan kos, yang secara purata sekitar RM5 bagi setiap janji temu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Anda boleh membayar pencabutan gigi dengan wang anda sendiri, tetapi jika anda bimbang tentang kos, pertimbangkan pilihan lain berikut:
Sekiranya anda bimbang tentang kos pencabutan gigi bongsu, berbincang dengan pakar gigi dan agensi insurans mengenai pilihan anda. Walaupun harganya kelihatan mahal, mencabut gigi bongsu anda sekarang dapat mengelakkan masalah yang lebih serius dan lebih mahal kelak.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ialah alternatif bagi gigi palsu tradisional. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu dan sama ada anda harus bertanya kepada doktor gigi mengenai pilihan ini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat