Selepas memberus, memflos gigi (yang juga disebut pembersihan antara gigi), atau makan sesuatu yang rangup atau keras biasanya ialah waktu anda akan perasan ada pembengkakan gusi. Gusi anda mungkin berwarna merah, meradang, bengkak, dan menjadi lembut. Nafas berbau yang kerap, luka mulut dan penyusutan gusi juga merupakan tanda-tanda pembengkakan gusi. Anda harus berjumpa pakar gigi jika anda sering mengalami gejala ini, jika sudah lama berlanjutan, atau jika keadaan semakin teruk. Ini mungkin tanda bahawa sesuatu yang lebih teruk akan berlaku.
Penyebab utama keradangan gusi ialah plak, juga dikenali sebagai biofilem. Penuaan, tekanan, kegemukan, tembakau dan genetik boleh meningkatkan risiko anda. Berikut ialah beberapa penyebab yang lazim:
Berikut ialah beberapa petua yang boleh memberikan kelegaan jangka panjang atau sementara dan senarai perkara yang tidak boleh dilakukan jika anda mengalami gusi bengkak.
Penjagaan mulut yang baik dan mengikuti lawatan pergigian rutin anda ialah kaedah terbaik untuk mencegah pembengkakan gusi. Anda harus memberus dan memflos gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Melakukan rutin ini selepas setiap kali makan adalah lebih bagus. Ini akan membantu mencegah penumpukan plak yang membawa kepada masalah gusi. Walaupun dengan penjagaan mulut di rumah yang teratur, plak boleh mengeras dan menjadi tartar. Itulah sebabnya janji temu dan pemeriksaan kebersihan gigi secara berkala ialah satu kemestian.
Gusi bengkak tidak boleh dipandang enteng. Selalunya, anda boleh mengatasi sendiri masalah ini. Sebaik sahaja anda mengetahui penyebab gusi bengkak, anda boleh mula merawatnya. Pastikan anda berbincang dengan pakar gigi anda sekiranya itu ialah masalah kronik yang tidak beransur pulih.