Petua memutihkan gigi kuning - colgate my
Badge field

Petua Terbaik untuk Memutihkan Gigi Kuning

Published date field Terakhir dikemaskini:
Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

 

Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi. Gigi boleh menjadi kuning disebabkan sesuatu yang meninggalkan kesan kotoran — pada permukaan mahupun dalaman — begitu juga punca lain yang tidak sentiasa dalam kawalan kita. Sama ada perubahan warna disebabkan makanan yang meninggalkan kesan kotoran atau faktor lain, ketahui cara untuk menghilangkan gigi kuning menggunakan produk yang boleh dibeli dan produk pemutih profesional daripada doktor gigi.

Apakah Yang Menyebabkan Gigi Kuning?

  • Makanan dan MinumanKopi, teh dan wain adalah penyebab utama perubahan warna gigi disebabkan warnanya yang lebih gelap. Selain itu, minuman berasid seperti minuman berkarbonat, serta buah-buahan dan sayuran tertentu boleh menyebabkan gigi kuning.
  • Merokok
    Produk tembakau seperti rokok, mengandungi zarah-zarah yang boleh meninggalkan kesan pada alur mikroskopik enamel gigi. Zarah-zarah ini boleh berkumpul dan meninggalkan kesan pada gigi, mengubah warnanya menjadi semakin gelap dan sukar untuk dibersihkan.
  • Enamel Nipis
    Walaupun kopi dan rokok meninggalkan kesan pada gigi, enamel gigi yang nipis juga membuatkan gigi nampak kekuningan. Enamel gigi ialah permukaan keras gigi anda, dan di bawahnya ialah bahagian berwarna coklat pukat yang dipanggil dentin. Enamel yang tebal kelihatan putih, tetapi enamel yang nipis menampakkan dentin yang menjadikan gigi kelihatan kuning. Enamel secara semula jadi semakin nipis dengan usia yang meningkat, tetapi asid daripada makanan dan minuman juga menipiskan enamel dengan mengakis permukaannya.
  • Mulut Kering
    Air liur meneutralkan asid dan mengalirnya keluar, tetapi mereka yang mengalami mulut kering kehilangan ciri perlindungan ini. Contohnya, apabila seseorang bernafas melalui mulut, ia boleh mencegah air liur daripada membasahi mulut — ini meningkatkan risiko untuk menipiskan enamel gigi mereka.
  • Ubat
    Penyebab lain gigi kuning ialah pengambilan antibiotik dan ubat-ubatan lain. Pengambilan fluorida yang berlebihan oleh kanak-kanak muda boleh menyebabkan gigi yang bertinta kuning semasa dewasa nanti. Namun begitu, tahap antibiotik dan fluorida yang tinggi sebaliknya boleh menghasilkan bintik-bintik pada gigi berbanding warna kuning pada keseluruhan gigi.

Dan ada masanya, gigi kuning disebabkan oleh genetik.

Bagaimana Cara Menghilangkan Gigi Kuning

Sama ada gigi anda mempunyai sedikit kesan kuning atau sangat kuning, terdapat beberapa kaedah untuk menghilangkan gigi kuning — secara beransur-ansur atau secara pantas, bergantung pada kaedah pemutihan gigi yang anda pilih.

  1. Pemutihan Gigi Profesional
    Jika anda ingin menukar senyuman kuning kepada senyuman putih berkilat dengan cepat, pilihan terbaik anda ialah untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan pemutihan gigi. Doktor gigi anda akan menggunakan bahan pemutih dengan kepekatan hidrogen peroksida yang kuat atau karbamid peroksida. Lampu UV atau LED atau peralatan lain sekali sekala digunakan untuk mempercepatkan proses pemutihan ini. Gigi anda akan jelas kelihatan lebih putih selepas rawatan. Walaupun begitu, doktor gigi anda mungkin mencadangkan lebih daripada satu rawatan jika gigi anda telah menjadi sangat kuning.
  2. Pemutihan Gigi Di Rumah
    Doktor gigi anda juga boleh menyediakan alat pemutih gigi yang boleh dilakukan di rumah. Ia mengandungi pelekap mulut khas dan gel pemutih dengan kepekatan hidrogen peroksida yang lebih rendah. Anda boleh menikmati senyuman yang lebih putih selepas memakai pelekap mulut yang diisi gel pemutih setiap hari selama beberapa minggu.
  3. Pemutih Gigi Dari Farmasi
    Pelbagai jenis produk pemutih gigi kini boleh didapati di kedai atau farmasi, contohnya jalur pemutihan, ubat kumur, ubat gigi dan juga pen pemutih. Produk-produk ini mengandungi agen pemutih dengan kepekatan yang lebih rendah, dan ubat gigi biasanya mengandungi komponen pelelas untuk membantu menanggalkan kesan kotoran daripada enamel gigi anda.

Walaupun produk ini tidak berkesan secepat rawatan profesional, ia adalah cara yang mudah untuk mencapai matlamat anda iaitu menghilangkan warna kekuningan pada gigi.

Mencegah Gigi Kuning

Jika anda ingin mengekalkan gigi yang elok dan putih, elakkan daripada merokok dan kurangkan pengambilan kopi dan air bergas. Biasakan diri menggunakan straw semasa meminum minuman berwarna gelap dan minuman berasid untuk mencegah gigi kuning. Minum susu atau air kosong selepas makan atau minum sesuatu yang berasid untuk mengurangkan kesan penghakisan asid.

Memberus dan memflos juga dapat membantu, selain mengelakkan makanan ringan antara waktu makan untuk membolehkan air liur anda mencairkan asid di dalam mulut anda. Pastikan untuk menggunakan produk berfluorida untuk melindungi gigi anda, dan dapatkan rawatan doktor gigi anda untuk sebarang simptom mulut kering.

Sekiranya gigi anda masih kuning walaupun memberus dan memflos gigi dua kali sehari, tiba masanya untuk mencari penyelesaian lain. Dengan adanya pelbagai cara untuk menangani gigi kuning, tiada lagi alasan untuk menyembunyikan senyuman anda yang menarik.