Jenis-jenis Bahan Korona Gigi

Beritahu Saya Lebih Lanjut Tentang Korona Gigi

Terdapat berjuta-juta orang di seluruh Amerika Syarikat dan serata dunia yang pernah mendapatkan korona gigi untuk menggantikan gigi yang hilang atau mengukuhkan gigi yang lemah. Korona gigi ialah bahan pergigian yang digunakan pada bahagian atas gigi untuk memberikan perlindungan dan sokongan kepadanya.

Jenis-jenis Bahan Korona Gigi
Terdapat empat jenis bahan yang digunakan untuk korona gigi:

  1. Seramik penuh (berasaskan porselin).

  2. Porselin terikat logam.

  3. Aloi emas.

  4. Aloi logam asas.

Ceramics crowns

Semua korona seramik penuh merupakan bahan tampalan berasaskan porselin dan disyorkan untuk memulihkan gigi hadapan kerana warnanya mudah dipadankan dengan gigi asli. Doktor gigi atau pakar prostodontik mungkin perlu mengeluarkan lebih banyak struktur gigi untuk melekatkan porselin ke gigi; walau bagaimanapun, bahan ini mungkin mudah terserpih dengan gigitan kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap haus.

Porcelain fused to metal crowns

Porselin terikat logam disambungkan ke bahagian luar struktur logam untuk menguatkan gigi serta menawarkan pengapan yang baik untuk mengelakkan kebocoran dan mengurangkan kerosakan gigi yang berulang. Apabila porselin digabungkan dengan logam, ia memberikan pemulihan yang lebih kuat berbanding porselin sahaja. Pakar gigi atau pakar prostodontik akan mengeluarkan sebilangan struktur gigi, tetapi ia boleh tahan lama dan kuat.

Gold Alloys crowns

Aloi emas terdiri daripada emas, tembaga serta logam lain, dan menawarkan bahan yang kuat melekat pada struktur gigi. Aloi emas tahan terhadap kehausan dan keretakan serta tidak menghauskan gigi yang bersentuhan dengannya. Bahan ini sangat bioserasi dengan tisu gusi.

 

Base metal alloys crowns

Aloi logam asas mengandungi logam tidak adi (kurang berharga) yang amat menguatkan korona dan gigi serta mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap hakisan. Apabila menyediakan gigi menggunakan aloi logam asas, doktor gigi atau pakar prostodontik akan mengeluarkan bilangan struktur gigi sihat yang paling sedikit. Bahan ini tahan terhadap kehausan dan lembut terhadap gigi bertentangan.

Teknologi Baru untuk Menyediakan Koron
Teknologi CAD/CAM yang bermaksud reka bentuk dan teknologi pembuatan berbantukan komputer. Teknologi ini digunakan untuk membantu doktor gigi dan juruteknik makmal pergigian dalam membuat bentuk dan saiz yang tepat untuk pemulihan pergigian termasuk inlai dan onlai, korona dan jambatan. Imej 3-D gigi dan gusi anda membolehkan doktor gigi atau pakar prostodontik melukis reka bentuk pemulihan gigi atau korona yang tepat. Teknologi ini adalah mahal dan bukan semua doktor gigi yang mungkin menggunakannya dalam amalan mereka. Walau bagaimanapun, teknologi CAD/CAM membolehkan janji temu yang lebih singkat dan teknologinya bersifat terkini.

Mengapakah Saya Perlukan Korona Gigi?
Doktor gigi akan menentukan jika mana-mana faktor berikut telah berlaku dalam mulut pesakit untuk mengesyorkan korona gigi semasa temu janji pergigian mereka: gigi telah patah, gigi telah haus dan melemahkan struktur enamel, kehilangan gigi, maka jambatan gigi telah disyorkan, rawatan kanal akar telah selesai dan korona gigi diperlukan untuk menutup gigi berkenaan, untuk meningkatkan penampilan kosmetik gigi, dan ia diperlukan untuk menutup implan pergigian.

Apakah Langkah Seterusnya?
Jika doktor gigi anda telah mengesyorkan korona gigi untuk anda, berbincang dengan mereka tetang bahan pergigian yang ingin digunakan untuk meletakkan korona gigi tersebut. Kemudian tanyakan berapa lama masa yang akan diambil untuk prosedur korona gigi dan perkara-perkara yang anda perlu ambil agar janji-janji temu berkenaan berjalan lancar.

2010 Colgate-Palmolive Company

 

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.