Amalan memflos gigi yang disebut oleh ramai orang adalah sesuatu yang kami lebih suka rujuk sebagai membersihkan celah gigi anda (pembersihan antara gigi). Flos ialah satu daripada banyak alat yang boleh anda gunakan untuk menyelesaikan tugas harian yang penting ini! Yang penting bukanlah anda menggunakan flos, tetapi anda membersihkan sisi gigi dengan teliti dan kawasan celah gigi setiap hari dengan menggunakan kaedah yang berkesan.
Membersihkan celah gigi anda dapat membantu menjaga kesihatan mulut dengan dua cara utama. Pertama, langkah ini mencungkil sisa dan bahan makanan yang terperangkap di kawasan yang sukar dicapai. Kedua, langkah ini membuang plak (juga dikenali sebagai biofilem) daripada sisi gigi anda. Membuang plak sangat penting untuk kesihatan mulut anda, kerana plak menyumbang kepada banyak masalah pergigian jika dibiarkan.
Kegagalan membersihkan celah gigi anda dengan teliti boleh menyebabkan:
Memberus gigi adalah penting tetapi tidak membuang semua plak anda dengan sendirinya. Membersihkan celah gigi anda dikaitkan dengan kekerapan penyakit gusi, kaviti dan gigi tercabut yang rendah.
Sesetengah orang mungkin mengelakkan pembersihan celah gigi dengan teliti kerana mereka tidak menyukai satu kaedah tertentu, misalnya menggunakan flos. Jika ini menggambarkan anda, anda bernasib baik! Dunia moden mempunyai lebih banyak teknologi dan alat dalam pasaran untuk memastikan anda dapat memilih kaedah yang paling sesuai untuk anda.
Cara terbaik untuk membersihkan celah gigi anda ialah cara yang betul-betul dapat anda ikuti dan lakukan setiap hari. Sebaiknya, bereksperimen dan cari kaedah yang paling anda gemari. Jika anda mempunyai alat ortodontik, kesukaran mencapai kawasan tertentu, atau tidak menyukai satu kaedah, usah risau kerana ada pilihan lain.
Kaedah untuk membersihkan celah gigi dengan betul merangkumi:
Tidak kira apa pun pilihan yang paling anda suka, pastikan untuk memilih produk dengan Meterai Penerimaan American Dental Association untuk memastikan para profesional memperakuinya. Untuk mendapatkan kelulusan, produk pembersihan antara gigi mestilah lebih berkesan daripada memberus dan selamat digunakan tanpa mencederakan mulut anda.
Petua berguna: Walaupun anda cenderung untuk menggunakan benda lain untuk membersihkan gigi anda, tindakan sedemikian tidak disarankan. Pastikan untuk tidak menggunakan perkakas dapur, pin keselamatan atau kaedah lain yang boleh merosakkan gigi.
Jika anda sekarang tidak mempunyai tabiat membersihkan celah gigi anda, jangan risau. Sekarang ialah masa terbaik untuk memulakan rutin baharu yang boleh anda amalkan sepanjang hayat untuk mengelakkan masalah mulut dan memastikan anda sentiasa mengukir senyuman yang manis.
Sekiranya memflos gigi tidak selesa atau menyebabkan pendarahan pada awalnya, jangan biarkan ini melemahkan semangat anda. Pastikan untuk memflos dengan lembut, kerana membuang plak dapat membantu mengurangkan gingivitis dan gejalanya.
Petua untuk membiasakan diri membersihkan celah gigi anda boleh merangkumi:
Tidak kira apa pun kaedah kegemaran anda untuk membersihkan celah gigi, ada beberapa petua berguna untuk memastikan anda melakukannya dengan secukupnya. Seperti yang disebutkan di atas, bahagian terpenting dalam membersihkan celah gigi anda adalah dengan melakukannya dengan teliti dan setiap hari.
Petua untuk mengekalkan rutin penjagaan mulut yang betul termasuk:
Anda telah membuat pilihan yang tepat untuk mengetahui manfaat dan kaedah membersihkan celah gigi anda dan cara melakukannya dengan berkesan. Ramai orang yang dahulunya tidak suka membersihkan celah gigi akhirnya menjumpai alat yang sesuai dengan keperluan mereka dan memupuk tabiat harian yang bermanfaat.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.