Ketahui tentang karang gigi hitam, cara pakar gigi membuang karang gigi hitam dan perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penumpukan karang gigi pada masa hadapan demi mengekalkan senyuman yang menawan!
Apabila bakteria yang menumpuk pada sekitar garis gusi, ia menghasilkan lapisan plak iaitu filem lembut, melekit dan tidak berwarna yang boleh dibuang dengan cara memberus dan memflos gigi. Plak yang tidak dirawat boleh mengeras dan bertukar menjadikalkulus yang memerlukan khidmat pakar pergigian untuk membersihkan kalkulus tersebut. Karang gigi bertukar menjadi hitam akibat noda. Perubahan warna hitam ini disebabkan oleh:
Karang gigi menyukarkan amalan kebersihan mulut yang sihat dan menjadi tempat pembiakan bakteria, bahkan menyebabkan masalah kesihatan mulut yang lebih teruk.
Plak dan karang gigi menyebabkan penyakit gusi. Pada peringkat awal, penyakit gusi dipanggil gingivitis. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 95 peratus rakyat Malaysia yang berusia 35-44 tahun mengalami sejenis penyakit gusi. Gingivitis boleh melarat menjadi periodontitis jika tidak dirawat. Bentuk penyakit gusi yang lebih teruk ini boleh menyebabkan gigi anda longgar atau tanggal.
Jika karang gigi menumpuk pada gigi anda, pakar pergigian boleh membantu dengan melalui prosedur dipanggil penskaleran dan pengetaman akar. Mereka akan menggunakan alatan manual (seperti pengikis keluli tahan karat) dan getaran ultrasonik untuk membuang karang gigi pada gigi dan gusi anda. Mereka juga boleh melicinkan akar gigi anda untuk memastikan gusi anda melekat semula selepas prosedur. Bergantung pada keadaan gigi dan gusi anda, penskaleran dan pengetaman akar mungkin memerlukan satu rawatan atau lebih untuk membuang semua karang gigi dengan berkesan.
Apabila menggunakan objek tajam pada tisu gusi yang sensitif, sebaiknya serahkan kepada pakar gigi – lawanlah godaan membeli pengikis plak di kedai runcit atau farmasi berdekatan anda. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jururawat pergigian biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun di kolej atau universiti untuk mendapatkan ijazah mereka. Latihan yang meluas ini memastikan bahawa mereka tahu cara menggunakan alat skaler gigi dan alatan lain dengan selamat serta berkesan untuk merawat anda dengan cara yang terbaik.
Amalan kebersihan mulut yang baik ialah cara terbaik untuk mengelakkan karang gigi berkumpul pada gigi dan celah gigi anda. Beberapa petua penjagaan:
Jumpa pakar gigi anda untuk janji temu berkala – mereka boleh mengenal pasti sebarang penyakit yang berkembang lebih awal untuk rawatan dan membuang plak sebelum bertukar menjadi karang gigi.
Walaupun karang gigi hitam pada gigi anda bukanlah sesuatu yang menggembirakan, namun tidaklah sukar untuk membuang karang gigi hitam. Jika anda rasa anda sudah ada penumpukan karang gigi pada gigi anda, hubungi pakar gigi anda dengan segera. Mereka akan melakukan perkara yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan mulut dan mengembalikan senyuman anda.