Penyakit periodontium, juga dikenali sebagai penyakit gusi atau periodontitis, merujuk kepada jangkitan dan keradangan gusi, ligamen atau tulang berhampiran dengan gigi anda. Periodontitis boleh menyebabkan tisu menjauh daripada gigi, yang mengakibatkan penyusutan gigi, kelesapan tulang, gigi longgar dan akhirnya gigi tanggal.
Kesan periodontitis amat serius dan tidak dapat dibalikkan dan rawatan biasanya melibatkan pembedahan. Jadi, ketahui punca periodontitis dan faktor yang memberikan risiko besar untuk penyakit gusi yang teruk.
Tanpa rutin kebersihan mulut yang betul, plak boleh merebak dan berkumpul di bawah garis gusi. Kemudian, toksin yang dihasilkan oleh bakteria akan merengsakan gusi serta menyebabkan tisu dan tulang yang menyokong gigi terkena jangkitan dan keradangan. Jika tidak dirawat, penyakit ini akan berlarutan sehingga menghancurkan tisu gusi dan tulang — kadang-kadang dengan beberapa gejala.
Cara mengatasi: Belum terlambat untuk anda menumpukan kebersihan mulut. Berus gigi anda dua kali sehari selama dua minit, bersihkan celah gigi anda setiap hari menggunakan flos atau peranti antara gigi yang lain, dan buat janji temu dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan dan pembersihan profesional berkala.
Selain kebersihan mulut yang buruk, pilihan gaya hidup yang lain boleh meningkatkan risiko periodontitis. Ini termasuklah:
Cara mengatasi faktor risiko: Rujuk doktor gigi atau pakar perubatan rawatan asas tentang sumber yang dapat membantu anda mengubah gaya hidup. Daripada menghubungkan anda dengan pakar pemakanan untuk memberi anda pelan berhenti merokok selama-lamanya, anda boleh mengambil langkah untuk meningkatkan kesihatan gigi dan badan anda secara menyeluruh hari ini.
Faktor risiko lain untuk periodontitis adalah di luar kawalan kita. Penyakit sistemik boleh mengganggu sistem imun badan dan menjejaskan lagi gusi anda. Ini termasuklah:
Cara mengatasi: Pastikan anda berkongsi sejarah perubatan dengan doktor gigi anda supaya mereka dapat memantau kesihatan mulut dan memberitahu anda jika ada sebarang perubahan. Mereka mungkin mengesyorkan anda membuat pemeriksaan yang lebih kerap, terutama sekali jika berlaku perubahan terhadap rawatan atau keadaan anda.
Di samping itu, sesetengah ubat juga boleh mempengaruhi kesihatan mulut anda. Ada ubat yang mengurangkan aliran air liur sehingga menyebabkan mulut kering dan mengumpul bakteria degil pada gusi dan lidah. Ada pula ubat yang boleh menghasilkan perubahan hormon yang meningkatkan respons keradangan badan atau menukar respons imun anda serta meningkatkan kecenderungan menghidap jangkitan mulut.
Cara mengatasi: Apabila berkongsi sejarah perubatan dengan doktor gigi anda, maklumkan kepada mereka tentang semua ubat yang anda ambil. Mereka dapat membantu anda mengesan sebarang kesan sampingan buruk terhadap mulut dan memaklumkan pakar perubatan tentang protokol yang terbaik untuk anda.
Hormon tidak menentu seperti kehamilan boleh menyebabkan peningkatan respons keradangan terhadap plak bakteria sehingga berlaku pendarahan gusi. Sewaktu hamil, wanita cenderung mengalami "gingivitis kehamilan", yang dikhuatiri menjadi periodontitis sekiranya tidak dirawat.
Cara mengatasi: Jangan ponteng janji temu pemeriksaan gigi anda semasa hamil dan beritahu doktor gigi jika gigi anda bengkak, lembut, atau mula berdarah supaya anda dapat menerima rawatan segera.
Malangnya, keluarga anda bukan sahaja mewariskan wajah yang kacak, anda bahkan mudah mewarisi penyakit gusi. Malah, semakin umur anda meningkat, semakin besar kemungkinan anda menghidap penyakit periodontitis.
Cara mengatasi: Oleh itu, pencegahan awal sangat penting. Tanya ahli keluarga anda sekiranya ada sejarah penyakit gusi dalam keluarga dan jumpa doktor gigi dengan kerap untuk memantau kesihatan gusi anda. Dengan rawatan rapi, anda dapat mengekalkan gigi anda sepanjang hayat.
Jika anda mempunyai implan gigi atau bercadang untuk membuat implan gigi, anda mungkin pernah mendengar tentang penyakit peri-implan. Penyakit gusi sememangnya berkait rapat dengan implan gigi, namun implan itu tidak memberi anda risiko yang tinggi menghidap penyakit periodontium. Implan berfungsi sama seperti gigi sebenar anda – dengan mengelak daripada faktor risiko penyakit periodontium dan mengamalkan kebersihan mulut, implan gigi anda dapat bertahan sepanjang hayat.
Jika anda mengesyaki yang anda mungkin mempunyai penyakit periodontium, rawatan yang sedia ada bergantung pada tahap keterukan kes anda. Jumpa doktor gigi anda dengan segera untuk mendapatkan diagnosis dan pelan rawatan supaya anda dapat memulihkan kesihatan mulut anda secepat mungkin. Jika tidak, ikuti petua di atas bagi mengurangkan faktor risiko yang boleh anda kawal dan mengatasi faktor risiko yang sukar. Dengan rutin kebersihan mulut yang betul dan mendapatkan bantuan daripada pakar gigi, anda dapat menguntumkan senyuman yang sihat sepanjang hayat.