Selepas Pembersihan Gigi Menyeluruh Anda
Sila berwaspada sekiranya anda mengalami kesakitan, gigi sensitif, atau pendarahan selama beberapa hari selepas penskaleran atau pengetaman akar.
Selepas prosedur pembersihan menyeluruh, anda perlu mengambil langkah berikut:
Jadualkan janji temu susulan untuk memeriksa tahap pemulihan gusi anda dan kedalaman sebarang saku periodontium. Jika perlu, doktor gigi anda mungkin mengesyorkan rawatan antibakteria tambahan.
Elakkan keperluan melakukan semula pembersihan menyeluruh dengan mengikuti langkah asas ini bagi mencegah penyakit gusi:
- Berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida dan antimikrob.
- Bersihkan celah gigi anda setiap hari untuk membuang plak menggunakan flos atau produk antara gigi.
- Berkumur setiap hari menggunakan ubat kumur yang khusus untuk mencegah plak.
- Hadkan pengambilan makanan manis dan berkanji - dan ambil makanan seimbang.
- Elakkan produk tembakau.
- Kunjungi doktor gigi anda dengan kerap untuk pemeriksaan dan pembersihan profesional.
Walaupun pembersihan menyeluruh hanyalah prosedur kecil, kami berharap anda dapat mencegah masalah gigi dengan kebersihan mulut yang betul. Namun, jika anda perlu menjalani pembersihan menyeluruh, ini ialah langkah terbaik untuk membuang plak, tartar dan semua bakteria daripada permukaan akar gigi anda. Malah, menyingkirkan saku periodontium bagi memastikan gigi dan gusi anda kekal sihat!