PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Salah satu kemajuan teknologi yang paling ketara dalam bidang pergigian ialah pembangunan implan pergigian. Sebelum pelancarannya, hanya jambatan atau gigi palsu yang menjadi pilihan bagi orang yang kehilangan gigi. Implan pergigian menawarkan penyelesaian yang menarik dan selesa untuk mereka yang kehilangan gigi akibat kerosakan atau kecederaan, dengan menyediakan pilihan penggantian kekal yang kelihatan dan terasa seperti gigi sebenar.
Disebabkan implan pergigian terasa dan kelihatan seperti gigi biasa, kesannya terhadap harga diri pesakit memang menakjubkan. Ramai orang yang malu senyum akibat ruang daripada kehilangan gigi berasa sungguh selesa selepas implan pergigian. Selain sebab estetika, implan pergigian juga menjadikannya lebih mudah untuk makan dan bertutur, kerana silinder titanium yang diletakkan terus dalam rahang mengekalkan kedudukan implan di tempatnya. Oleh itu, implan tidak mudah tertanggal seperti gigi palsu. Implan pergigian juga memberi manfaat kepada kesihatan mulut umum kerana ia tidak perlu ditambat pada gigi lain, seperti jambatan.
Menurut American Association of Oral and Maxillofacial Surgeons (AAOMS), walaupun kejayaan implan pergigian boleh bergantung pada lokasi gigi yang hilang, purata kadar kejayaan adalah lebih daripada 95 peratus. Disebabkan implan menembusi tulang rahang dan gusi, orang tertentu mungkin tidak sesuai menjadi calon untuk prosedur ini, seperti mereka yang merokok atau menghidap kencing manis (diabetes). Doktor gigi anda akan dapat menilai sama ada implan pergigian adalah sesuai untuk anda.
Tabiat kesihatan mulut yang baik adalah perlu untuk menjayakan prosedur implan. Memberus dan memflos gigi serta lawatan berkala ke klinik pergigian harus dijadikan amalan. Perlu diingati bahawa kebanyakan syarikat insurans tidak menanggung kos implan pergigian, dan ia boleh berharga antara RM4000 hingga RM8000 atau lebih bagi setiap gigi bergantung pada lokasi anda. Selain itu, terdapat juga kos tambahan untuk korona yang dilekatkan pada implan pergigian. Jika anda kehilangan gigi dan percaya bahawa implan pergigian mungkin merupakan penyelesaian yang sesuai bagi anda, ambil langkah untuk berbincang dahulu dengan doktor gigi anda.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ialah alternatif bagi gigi palsu tradisional. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu dan sama ada anda harus bertanya kepada doktor gigi mengenai pilihan ini.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat