Doktor gigi anda suka mengenal pasti dan menjejaki setiap gigi supaya mereka boleh memastikan gigi anak anda tanggal dan tumbuh seperti yang sepatutnya. Anda juga boleh berbuat demikian. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencipta carta untuk gigi susu dan gigi kekal tetap yang boleh anda temukan di sini. Meramal dan mewarna gigi yang akan tumbuh seterusnya boleh menjadi satu bentuk pendidikan untuk anak anda, malah menyeronokkan. Selain itu, memberi mereka ganjaran dengan hadiah mungkin lebih mendorong mereka agar mengambil endah akan perkara ini. Lakukan 'ini' untuk mendapatkan 'itu' ialah perkara yang telah dilaksanakan oleh ibu bapa sejak azali lagi.
Setiap orang akhirnya akan bertukar daripada gigi susu kepada gigi kekal. Hal ini sememangnya biasa. Perbezaan yang paling ketara ialah bilangan. Setiap orang harus mempunyai 20 gigi susu dan 32 gigi kekal atau tetap. Anda mempunyai 4 jenis gigi kekal. Gigi kekal terdiri daripada:
Gigi kacip selalunya muncul dahulu, tetapi kadangkala gigi geraham meletus lebih awal. Menjelang awal remaja, anak anda sepatutnya mempunyai kesemua 28 gigi kekal dengan hingga 4 gigi geraham yang muncul kemudian, menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 32. Terdapat banyak mutiara putih untuk dijejaki, yang menjadikan carta gigi kekal sangat membantu.
Walaupun kita semua mempunyai 28 gigi kekal yang tumbuh, kita juga mempunyai 4 lagi gigi kekal yang mungkin kekal atau tidak. Pastinya, kami merujuk kepada gigi bongsu. Ini ialah gigi geraham terakhir anda, 1 di bahagian atas dan bawah di kedua-dua sisi, berjumlah 4 batang. Menurut KKM, anda akan perasan kemunculan gigi tersebut pada lewat remaja atau awal 20-an anda. Semua orang mempunyai gigi ini kerana anda dilahirkan dengan kedua-dua set gigi tersebut. Cuma kerisauannya adalah sama ada gigi itu meletus dan menyebabkan kesesakan bersama gigi yang lain atau tidak. Pastikan anak anda kerap berjumpa doktor gigi anda supaya mereka boleh menilai dengan betul sama ada gigi anak anda perlu dicabut atau tidak. Jika perlu, manjakan mereka selama beberapa hari kerana mereka perlu berbaring dan berehat di atas katil.
Rahsia untuk anak anda sebenarnya bukanlah satu rahsia. Hanya penjagaan mulut yang baik untuk melawan kereputan gigi yang terdiri daripada:
Pada usia yang sangat muda, gigi kita akan tumbuh, tanggal, kemudian berubah menjadi gigi kekal. Sesungguhnya, itu perkara yang semula jadi. Tetapi perjalanan mendapatkan gigi dewasa anda boleh menjadi satu perjalanan yang menyeluruh. Carta gigi kekal boleh membantu anda dan anak anda menjejaki gigi dan mencipta kenangan antara ibu bapa dengan anak yang tidak dapat dilupakan.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.