Pertumbuhan gigi ialah proses yang sememangnya normal bagi pengeruptan (letusan) gigi utama (susu) anak anda melalui gusi mereka. Anak anda biasanya akan mula tumbuh gigi sekitar enam bulan, dan proses itu akan berlanjutan sehingga mereka berusia sekitar dua hingga tiga tahun.
Menurut Cleveland Clinic yang berpusat di AS, anda sepatutnya menjangkakan empat gigi akan meletus setiap enam bulan sepanjang tempoh ini. Gigi pertama yang keluar biasanya gigi depan di bahagian bawah dan atas, diikuti oleh pasangan gigi yang tersebar di antara sisi berlawanan mulut anak anda.
Pertumbuhan gigi diikuti oleh beberapa gejala yang sudah dijangka, sementara gejala yang lain harus diambil perhatian. Mujurlah pakar pediatrik anda dilatih khas untuk mengenal pasti dan merawat sebarang gejala yang mungkin dihadapi oleh anak anda.
Gejala biasa pertumbuhan gigi termasuklah:
Anda harus mendapatkan nasihat pakar pediatrik sekiranya anak anda mengalami gejala yang tidak lazim, termasuk:
Gejala-gejala ini memerlukan lebih perhatian daripada doktor anda, tetapi adakah demam sebenarnya disebabkan oleh pertumbuhan gigi? Apakah kaitannya? Kami akan membincangkan lebih lanjut di bawah.
Demam ialah mekanisme pertahanan tubuh anak anda untuk membantu melawan bakteria, virus dan keadaan lain. Suhu yang tinggi mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai didiami bagi patogen yang tidak diingini serta merangsang sistem imun anak anda.
Menurut penyelidik, hubungan antara pertumbuhan gigi anak anda dengan demam masih tidak dapat difahami sepenuhnya. Walaupun dianggap sebagai pengetahuan umum oleh banyak ibu bapa bahawa pertumbuhan gigi menyebabkan demam, penyelidikan tidak menyokong dakwaan ini (atau boleh dikatakan tiada kesimpulan).
Jadi apa kesimpulannya? Tidak wujud keadaan yang dipanggil demam tumbuh gigi.
Seattle Children’s yang berpusat di AS menyatakan bahawa pertumbuhan gigi tidak menyebabkan demam atau menjadikan anak anda lebih berisiko menghidap penyakit. Jadi, mengapa begitu ramai ibu bapa mendapati anak mereka demam pada masa yang sama anak mereka sedang tumbuh gigi? Beberapa penyebab demam juga berlaku ketika anak anda mula tumbuh gigi, termasuk jangkitan, yang biasa berlaku antara usia enam hingga dua belas bulan.
Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah bahawa menerima pertumbuhan gigi sebagai penyebab demam boleh menangguhkan masa yang diambil oleh ibu bapa untuk mencari rawatan bagi jangkitan pada anak mereka. Dengan membaca artikel ini, anda sekarang faham bahawa demam tidak berkaitan dengan pertumbuhan gigi dan anda harus mengambil serius demam ini seperti biasa.
Cara menghilangkan demam dengan pertumbuhan gigi sama seperti demam tanpa pertumbuhan gigi. Ramuan di rumah untuk demam termasuklah:
Sekiranya anda memerlukan panduan lanjut tentang gejala yang perlu diperhatikan, jangan risau – pakar pediatrik anda amat terlatih untuk membantu anda dan arif tentang semua perkara yang berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak. Pastikan anda menghubungi mereka atau menjadualkan janji temu jika anda mempunyai pertanyaan atau kemusykilan.
Petua berguna: Jika anda memerlukan bantuan berkaitan pergigian untuk anak anda, ada doktor gigi pediatrik yang bersedia membantu anda.
Intuisi kebanyakan ibu bapa mengatakan bahawa (tepat sekali!) tidak semua kaedah yang memberikan kelegaan kepada orang dewasa adalah sesuai, selamat atau berkesan untuk kanak-kanak. Menurut Cleveland Clinic yang berpusat di AS, terdapat beberapa kaedah melegakan pertumbuhan gigi yang harus anda elakkan dan ada yang selamat digunakan.
Jika anda ada pertanyaan mengenai kaedah yang selamat atau tidak selamat digunakan untuk memberikan kelegaan bagi pertumbuhan gigi anak anda, pastikan anda berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat pakar.
Pilihan pereda pertumbuhan gigi yang disyorkan termasuk:
Pilihan pereda pertumbuhan gigi yang tidak disyorkan atau disarankan untuk digunakan dengan berhati-hati termasuk:
Sekarang, anda sudah maklum mengenai gejala dan pilihan pereda untuk pertumbuhan gigi dan demam. Penting untuk diingati bahawa para profesional mengatakan bahawa demam tidak secara langsung disebabkan oleh pertumbuhan gigi. Ambil serius demam tumbuh gigi seperti demam yang lain dan yakinlah: pakar pediatrik anda amat terlatih untuk mendiagnosis dan menangani sebarang gejala yang mungkin dialami oleh anak anda.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.