Fakta Tentang Gigi Geraham Kecil

Fakta Tentang Gigi Geraham Kecil

 

Gigi geraham kecil, juga dipanggil bicuspid, ialah gigi kekal yang terletak di antara gigi geraham di bahagian belakang mulut dan gigi taring (cuspid) di bahagian depan. Ia merupakan gigi peralihan yang mempamerkan beberapa ciri gigi taring dan juga gigi geraham, yang membantu memotong dan mengalih makanan dari gigi hadapan ke gigi geraham untuk dikunyah. Terdapat empat gigi geraham kecil pada setiap arkus (lengkung) gigi - atas dan bawah.

Apakah Perbezaan Antara Gigi Geraham Kecil dan Gigi Geraham?

Perbezaan utama antara gigi geraham kecil dan gigi geraham ialah dari segi saiz dan bentuk. Gigi geraham mempunyai empat kuspa atau titik manakala gigi geraham kecil hanya mempunyai dua kuspa. Gigi geraham juga lebih besar daripada bikuspid di sebelahnya.

Gigi geraham kecil dan gigi geraham mempunyai lekuk dan celahan di antara kuspa yang boleh memerangkap makanan dan bakteria yang menyebabkan kaviti walaupun celah pada gigi geraham adalah lebih dalam dan lebih sukar untuk memastikan ia bebas daripada cebisan yang menyebabkan kaviti.

Gigi geraham kecil, kecuali bicuspid pertama bahagian atas atau maksila, biasanya mempunyai akar tunggal. Gigi geraham kecil pertama maksila biasanya mempunyai dua akar walaupun ia juga boleh mempunyai satu akar. Sebaliknya, semua gigi geraham mempunyai sekurang-kurangnya dua akar, dan gigi geraham atas biasanya mempunyai tiga akar.

Berbeza untuk Kanak-kana

Jika anda cuba mencari bikuspid di dalam mulut anak anda, kemungkinan besar ia tidak dapat dijumpai. Gigi susu yang juga dipanggil gigi desidus tidak mempunyai gigi geraham kecil. Pada gusi yang terletaknya geraham kecil untuk orang dewasa, kanak-kanak sebaliknya mempunyai gigi yang doktor gigi namakan gigi geraham pertama. Apabila gigi ini tercabut, ia digantikan dengan gigi geraham kecil.

Ketahui lebih lanjut mengenai anatomi gigi anda dengan melawati sumber Penjagaan Mulut Colgate.

 

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.