PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Gigi taring ialah gigi yang sedikit runcing yang terletak di sebelah kedua-dua gigi kacip pada bahagian hadapan mulut. Manusia menggunakannya untuk menggigit, bercakap dan untuk fungsi penting yang lain.
Gigi taring mendapat namanya kerana kemiripannya dengan taring anjing. Gigi taring manusia tidak sepanjang, sejelas atau setajam gigi taring anjing tetapi gigi ini terletak pada kedudukan yang sama dan selalunya lebih panjang dan lebih tebal daripada gigi lain.
Menurut Kamus Bahasa Inggeris Oxford, nama lain bagi gigi taring ialah gigi mata kerana ia terletak betul-betul di bawah rongga mata. Doktor gigi juga menamakannya kuspid.
Gigi taring primer biasanya muncul selepas gigi kacip dan gigi geraham pertama. Menurut American Dental Association, gigi taring pertama biasanya tumbuh pada rahang atas selepas usia bayi sekitar 16 bulan. Pada usia 23 bulan, kebanyakan gigi taring bayi sudah tumbuh. Kanak-kanak mula kehilangan gigi taring primer mereka pada usia antara 9 hingga 12 tahun.
Gigi taring memainkan peranan penting semasa makan, bercakap serta mengekalkan bentuk bibir dan memandu gigi lain ke tempatnya. Apabila anda makan, gigi taring membantu memotong dan mengoyakkan makanan menjadi potongan kecil, dan apabila anda bercakap, gigi taring dan gigi kacip membantu anda menyebut perkataan.
Selain itu, gigi taring juga berfungsi sebagai objek panduan kepada gigi yang lain. Gigi ini membantu mengekalkan kedudukan gigi atas dan bawah apabila rahang bawah bergerak ke kiri dan ke kanan. Di samping itu, gigi taring memandu gigi atas dan bawah kembali ke tempatnya.
Tisu gusi di sekeliling gigi taring mudah menipis disebabkan kedudukannya di dalam mulut. Menurut Dental Press Journal of Orthodontics, kawasan yang paling lazim berlaku penyusutan gingiva ialah kawasan mandibular (rahang bawah) gigi kacip dan maksila (rahang atas) gigi taring. Apabila anda memberus gigi, gigi taring mungkin menerima tekanan paling kuat kerana ia menonjol pada setiap sisi gigi kacip. Untuk mengurangkan risiko penyusutan gusi di sekeliling gigi taring anda, berus dengan lembut menggunakan berus gigi. Ia mempunyai bulu berus yang 48 peratus lebih lembut dan membantu melindungi permukaan enamel dan gusi.
Bentuk dan kedudukan gigi taring menjadikannya sangat penting dari segi struktur dan fungsi mulut. Jika anda menjaga gigi taring dan berhati-hati apabila memberus, gigi ini akan berkhidmat dengan baik untuk anda untuk seumur hidup.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ialah alternatif bagi gigi palsu tradisional. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu dan sama ada anda harus bertanya kepada doktor gigi mengenai pilihan ini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat