Apa itu enamel gigi? - colgate
Badge field

Apakah Itu Enamel Gigi?

Ramai orang menekankan kepentingan rutin pergigian mereka, tetapi beberapa orang bukan pakar tahu akan perihal enamel. Ternyata, memahami enamel ialah bahagian penting untuk kesihatan anda. Kami akan mengupas tentang enamel, sebab bahagian ini penting dan perkara yang boleh anda lakukan untuk menjaga enamel anda.

Apakah Itu Enamel Gigi?

Tahukah anda bahawa enamel ialah bahan paling keras yang dihasilkan dalam badan anda? Bahan ini meliputi setiap gigi dan menyediakan lapisan luar yang keras. Permukaan gigi anda terdiri daripada enamel, yang memberikan rupa yang berbeza.

Enamel mempunyai kekerasan yang luar biasa disebabkan oleh struktur dan komposisinya. Kajian dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences menunjukkan bahawa mineral hidroksiapatit membentuk kebanyakan bahagian enamel. Namun, enamel juga mengandungi magnesium, natrium, fluorida dan karbonat.

Penampilan enamel anda boleh berbeza-beza kerana bersifat separa lut sinar. Biasanya, enamel berwarna kuning muda atau kelabu putih. Walaupun enamel ialah bahagian penting dalam kesihatan gigi anda, enamel hanyalah satu daripada beberapa faktor dalam warna gigi anda.

Mengapakah Enamel Gigi Penting?

Enamel melindungi bahagian dalam gigi anda yang lebih rapuh, yang dikenali sebagai dentin dan pulpa. Enamel ialah barisan pertahanan pertama dan paling penting terhadap kereputan gigi. Jika enamel anda rosak, anda boleh mengalami kaviti, kepekaan suhu dan malah jangkitan gigi.

Kerosakan gigi ialah satu daripada keadaan pergigian yang paling lazim di seluruh dunia.

Melindungi enamel anda harus menjadi keutamaan dalam pemakanan dan rutin pergigian anda kerana badan anda tidak menghasilkan lebih banyak enamel pengganti dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah Saya Boleh Memelihara Enamel Gigi Saya?

Enamel merosot daripada akibat bakteria plak, lebihan gula dan asid, yang boleh berubah menjadi kaviti di dalam gigi anda dari semasa ke semasa. Pereputan berlaku apabila enamel anda menjadi haus akibat bahan berasid seperti minuman atau makanan. Plak pada gigi anda juga meningkatkan kaviti secara ketara dengan menukarkan gula kepada asid.

Air liur ialah bahagian penting dalam kesihatan mulut anda. Air liur melindungi daripada asid dan enzim serta memulihkan mineral surih pada gigi yang lemah. Secara amnya, apa-apa perkara yang membolehkan anda menghasilkan lebih banyak air liur akan membantu gigi anda. Sebaliknya, apa-apa perkara yang melambatkan pengeluaran air liur akan merosakkan gigi.

Makanan dan minuman yang membantu melawan pereputan:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat
  • Gula-gula getah tanpa gula menggalakkan pengeluaran air liur.
  • Teh hitam dan hijau melawan bakteria plak
  • Produk tenusu membantu menghasilkan air liur dan cenderung mengandungi kalsium yang tinggi.
  • Apa-apa makanan, minuman atau produk berfluorida akan membantu menguatkan gigi anda.

Untuk melindungi enamel anda, jangan mengambil terlalu banyak bahan ini:

  • Gula-gula melekit dan gula-gula
  • Soda dan minuman manis lain
  • Makanan yang mudah tersekat di antara gigi anda
  • Minuman beralkohol boleh mengeringkan mulut anda dan selalunya mengandungi gula yang tinggi.

Jika mana-mana makanan atau minuman kegemaran anda terdapat dalam senarai perkara yang perlu dielakkan, perlu diingat bahawa kebanyakan makanan adalah baik jika diambil secara sederhana. Jika anda risau bahawa anda mengambil bahan ini secara berlebihan, cuba berkumur dengan air atau ubat kumur selepas itu. Pemakanan ialah bahagian penting dalam kesihatan gigi, tetapi tabiat lain juga boleh menyumbang.

Lebih banyak petua mudah untuk menjaga enamel anda:

  • Banyakkan minum air
  • Elakkan merokok dan produk tembakau.
  • Jangan mengunyah ais atau sebarang bahan yang terlalu keras
  • Jumpa doktor gigi anda dengan kerap untuk penjagaan kesihatan mulut.
  • Berus gigi anda dengan lembut selama dua minit dua kali sehari menggunakan berus gigi bulu lembut dan flos gigi sekali sehari

Enamel ialah bahagian badan anda yang unik dan penjagaan enamel adalah penting demi kesihatan dan penampilan anda. Walaupun penjagaan enamel agak rumit, rutin dan tabiat yang mudah kami mengamalkan amat berguna bagi memastikan enamel anda kekal dan kuat.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.