PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Menyebut istilah "kanal akar" saja boleh membuat ramai orang berasa sangat gelisah. Prosedur ini telah dicerca dalam filem dan komedi situasi (sitkom), dan kebanyakan orang mungkin pernah mendengar kisah yang mencemaskan tentang kesakitan berhubung dengannya daripada sekurang-kurangnya seorang rakan atau ahli keluarga.
Tetapi adakah semua kebimbangan ini benar-benar wajar? Adakah prosedur ini menyakitkan sebagaimana yang orang fikirkan? Menurut pakar, tanggapan popular tentang sakit kanal akar mungkin tidak lagi berasaskan fakta.
Terlebih dahulu, apa yang perlu difahami ialah rawatan kanal akar itu sendiri bukan punca sebenar sakit yang dialami oleh kebanyakan pesakit. Menurut American Association of Endodontists, kanal akar bertujuan untuk melegakan kesakitan, bukan menyebabkannya. Malah, dengan kemajuan hari ini dalam anestesia dan teknik pembedahan, ketidakselesaan yang umumnya dialami semasa kanal akar tidak lebih teruk daripada yang dirasai apabila gigi ditampal.
Sebaliknya, sakit gigi biasanya disebabkan oleh tisu yang rosak dan dijangkiti, seperti pulpa; prosedur kanal akar membuang tisu yang bermasalah ini dan membersihkan bahagian berkenaan, seterusnya menghentikan jangkitan dan melegakan kesakitan. Walaupun gigi berkenaan dan kawasan sekitarnya mungkin sakit selama beberapa hari, doktor gigi anda boleh mempreskripsikan ubat untuk membantu mengurangkan simptom dan membolehkan anda kembali bekerja dengan hampir serta-merta.
Kebanyakan doktor gigi bersetuju bahawa mengekalkan gigi asli anda adalah lebih baik daripada mencabutnya dan menggantikannya dengan jambatan atau implan. Kanal akar adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk memelihara gigi dengan membuang pulpa yang rosak berbanding memilih pencabutan yang merugikan serta tidak berbalik yang boleh menyebabkan lebih banyak tekanan kepada badan.
Memandangkan anda kini tahu kebenaran tentang sakit kanal akar, jangan takut untuk berjumpa doktor gigi anda jika anda mengalami ketidakselesaan pada gigi. Kanal akar mempunyai kadar kejayaan yang tinggi dan dapat membantu anda mengekalkan gigi berkenaan sepanjang hayat anda.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ialah alternatif bagi gigi palsu tradisional. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu dan sama ada anda harus bertanya kepada doktor gigi mengenai pilihan ini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat