PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Semua orang menggemari burger atau sayuran panggang, terutamanya yang baru saja dipanggang dan masih panas. Anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa arang mempunyai beberapa kegunaan selain untuk memasak. Ia juga terkandung dalam ubat gigi. Penyelidik pergigian dan pemberus gigi di seluruh dunia sudah mula mencuba ubat gigi arang.
Arang untuk memasak (juga jenis arang yang digunakan untuk membuat pensel pelukis) dihasilkan daripada bahan semula jadi yang membakar secara perlahan, seperti kayu, gambut atau tempurung kelapa. Arang diaktifkan dibuat untuk tujuan perubatan dengan memanaskan arang biasa menggunakan gas yang menyebabkannya menjadi lebih berliang. Oleh sebab itu, menurut U.S. National Library of Medicine, arang diaktifkan boleh menyerap dan memerangkap bahan kimia beracun dengan berkesan dan menjadi salah satu rawatan standard bagi keracunan secara tidak sengaja.
Selain itu, terdapat beberapa dakwaan bahawa arang diaktifkan dapat mengurangkan gas dalam usus, menurunkan paras kolesterol, mencegah mabuk akibat alkohol (walaupun arang tidak mudah menyerap) dan membantu mengawal masalah aliran hempedu (dipanggil kolestasis) semasa hamil. Walau bagaimanapun, arang diaktifkan dilaporkan mempunyai sifat menyerap yang boleh mengganggu keberkesanan ubat lain yang diambil, seperti pencegah kehamilan berasaskan hormon yang menjadikannya tidak berkesan.
Apabila anda berfikir tentang ubat gigi berwarna hitam untuk diletakkan pada berus gigi anda, jangan bimbang tentang rasanya: anda bukan memberus dengan ketulan arang dari gril barbeku. Warnanya mungkin hitam tetapi arang yang dimasukkan ke dalam ubat gigi ini lebih menyerupai soda penaik yang lembut. Banyak ubat gigi arang juga mengandungi agen perisa, sama seperti ubat gigi pemutih lain. Penilaian kajian JADA mendapati bahawa kebanyakan ubat gigi mengandungi tanah liat bentonit (bahan yang didakwa menyahtoksik) dan ada yang mengandungi daun sirih (tumbuhan yang dikunyah sebagai perangsang di banyak kawasan di Asia).
Jika anda mudah mengalami pereputan gigi, ketahuilah bahawa tidak semua ubat gigi jenis ini mengandungi fluorida. Oleh sebab kebanyakan doktor gigi mahu pesakit mereka menggunakan fluorida dalam bentuk tertentu, doktor gigi anda mungkin mengesyorkan ubat kumur fluorida untuk membantu menguatkan enamel anda.
Adakah ubat gigi arang hanya ikutan sementara atau adakah penggunaannya akan kekal? Penyelidikan mengenai ciri-cirinya masih pada peringkat awal tetapi banyak orang mendapati ubat gigi arang bermanfaat dan berbaloi untuk dicuba.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ialah alternatif bagi gigi palsu tradisional. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu dan sama ada anda harus bertanya kepada doktor gigi mengenai pilihan ini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat