Pilih pemutih gigi paling berkesan - colgate
Badge field

Cara Memilih Produk Pemutihan Gigi

Tabiat memberus gigi dan memflos setiap hari memastikan gigi anda bersih dan bebas daripada pereputan – tetapi jika kilauan gigi hilang atau gigi anda kelihatan kuning, jangan risau! Kami telah mengumpulkan pilihan produk pemutihan gigi yang terbaik untuk anda.

Punca Perubahan Warna Gigi

Terdapat dua jenis perubahan warna gigi:

  • Perubahan warna secara ekstrinsik yang dikaitkan dengan tabiat atau tingkah laku seperti penggunaan tembakau, pengambilan minuman seperti wain merah, kopi, teh atau kola, atau pengambilan makanan berpigmen tinggi dan ini mengakibatkan pengumpulan sebatian berwarna pada enamel anda.
  • Kesan kotoran intrinsik yang berlaku di dalam enamel atau dentin, selalunya disebabkan oleh gangguan genetik seperti dentinogenesis imperfekta. Enamel gigi anda menjadi lebih lut sinar seiring dengan peningkatan usia, dan membawa kesan kekuningan kepada dentin anda.

Jadi, adakah pemutihan gigi cara terbaik untuk merawat perubahan warna gigi? Ini bergantung kepada beberapa faktor – biasanya peluntur warna efektif untuk digunakan pada gigi kuning, tetapi ia tidak berkesan apabila digunakan atas gigi yang kotor (atau gigi yang mempunyai penutup, venir, korona atau tampalan).

Apakah Produk Pemutihan Gigi Terbaik?

Bajet, punca perubahan warna gigi, dan tempoh keberkesanan merupakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih produk pemutih gigi. Di bawah adalah contoh solusi yang boleh digunakan:

  • Ubat gigi penghilang kotoran: Walaupun banyak ubat gigi mengandungi bahan pelelas lembut yang menggosok dan menghilangkan kotoran pada permukaan gigi, ubat gigi pemutih mengandungi agen penggilap tambahan yang memaksimakan penyingkiran kotoran - tetapi ia tidak seperti peluntur yang mengubahsuai warna gigi anda. Produk ubat gigi pemutihan terutamanya menghilangkan kesan kotoran ekstrinsik dan biasanya tidak akan memberi kesan kepada kesan kotoran intrinsik.
  • Produk peluntur tanpa preskripsi: Produk peluntur OTC gel dan berjalur boleh didapati secara mudah dari kedai runcit atau farmasi. Produk ini mengandungi satu daripada dua peluntur gigi dan memecahkan noda menjadi cebisan yang lebih kecil, lantas memberikan penampilan gigi yang lebih cerah.
  • Pelunturan di klinik: Dengan menawarkan kepekatan agen peluntur yang lebih tinggi daripada produk peluntur OTC, pelunturan di klinik memutihkan gigi lebih cepat daripada kaedah di rumah – biasanya dalam satu sesi. Doktor gigi menutup gusi anda dengan gel pelindung atau pelindung getah, kemudian menyapu peluntur pada gigi anda. Beberapa kaedah pemutihan melibatkan cahaya atau laser.
  • Dulang peluntur di rumah: Satu lagi solusi adalah untuk mendapatkan dulang yang sesuai anda. Doktor gigi akan memberikan arahan untuk menyediakan dulang gel pemutih yang sesuai dan tempoh untuk meletakkan dulang itu di dalam mulut anda. Dulang ini juga boleh didapati sebagai produk OTC.

Apakah Risiko Pemutihan Gigi?

Kesan sampingan terbesar yang dialami oleh orang yang menggunakan pemutih gigi ialah gigi sensitif, yang berlaku kerana peroksida dalam gel pemutih boleh mencapai lapisan dentin gigi dan merengsakan saraf gigi anda. Kerengsaan gusi juga mungkin berlaku apabila menerima rawatan pemutihan di rumah atau di klinik

Walaupun kesan sampingan biasanya bersifat sementara, memilih produk yang mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan produk itu selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada gigi anda.

Harap maklum bahawa walaupun kesan prosedur pemutihan gigi semakin berkurangan dari semasa ke semasa, penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi. Berunding dengan doktor gigi anda sebelum anda mula menggunakan produk pemutihan gigi bagi mengelakkan kemudaratan yang mungkin serius atau berkekalan kepada gigi atau kesihatan mulut anda.

Walaupun memilih pemutihan gigi yang terbaik agak rumit, terdapat pilihan untuk hampir setiap belanjawan dan jenis perubahan warna gigi. Periksa dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan senyuman idaman anda!

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.