PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Berus gigi telah dicipta pada ratusan tahun dahulu menggunakan bahan semula jadi seperti ranting dan bulu haiwan untuk dijadikan bulu berus. Mujurlah kita mempunyai pilihan yang lebih baik sekarang. Hari ini, terdapat beberapa pilihan berus gigi yang berbeza, termasuk berus gigi bulu lembut dan bulu keras. Ketahui tentang berus gigi bulu lembut, sebab pakar lebih suka berus gigi ini berbanding dengan berus gigi bulu keras dan membezakan antara jenis bulu lembut.
Biasanya terdapat tiga jenis berus gigi bulu lembut yang ada di kedai, sangat lembut, lembut dan sederhana lembut. Berus gigi bulu keras—tidak biasa ditemukan di kedai kerana kebanyakan pakar gigi mengesyorkan berus gigi bulu lembut. Mereka lebih mengesyorkan berus gigi bulu lembut jika anda mempunyai gigi sensitif atau tanda-tanda hakisan. Terdapat begitu banyak pilihan bulu untuk berus gigi, termasuk:
Pakar gigi mengesyorkan berus gigi bulu lembut kerana terlalu banyak tekanan atau memberus gigi secara berlebihan boleh memberi kesan negatif pada enamel dan gusi. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan penggunaan berus gigi bulu lembut dan berlapis berbanding dengan keras kerana bulu yang keras boleh mencederakan gusi dan menghakis permukaan gigi. Jika anda rasa bulu berus gigi anda terlalu lembut, anda boleh mencuba pilihan berikut:
Berus gigi berkuasa biasanya disertakan dengan kepala berbulu lembut kerana putaran dan getaran cenderung memberikan tekanan tambahan kepada gigi anda, tanpa memerlukan bulu yang keras.
Anda harus memilih jenis berus gigi yang mudah dan selesa digunakan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Terdapat banyak pilihan yang berbeza antara berus gigi manual dengan elektrik. Walau bagaimanapun, kesepakatan doktor gigi adalah memilih berus gigi bulu lembut, terutamanya jika anda cenderung menekan gigi anda dengan lebih kuat. Lebih banyak tekanan tidak bermaksud gigi lebih bersih, dan sebenarnya, boleh menyebabkan kemerosotan gusi, yang boleh menyumbang kepada kepekaan gigi. Ini mungkin mula merosakkan enamel dan tisu di sekeliling gigi anda.
Jika anda berasa seperti anda tidak mendapat pembersihan menyeluruh menggunakan berus gigi anda, berbincang dengan juruhigin pergigian atau doktor gigi anda tentang berus gigi yang terbaik untuk anda.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ialah alternatif bagi gigi palsu tradisional. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu dan sama ada anda harus bertanya kepada doktor gigi mengenai pilihan ini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat