Ubat Gigi Putih Bersih

Ubat Gigi Pemutihan: Adakah Ia Berkesan?

Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

Warna gigi bagi setiap orang adalah berlainan. Meskipun kebanyakan orang mahukan gigi yang bersinar dan putih, realitinya ramai orang mempunyai gigi yang berwarna kekuningan, kelabu atau coklat. Gigi yang kuning sering disebabkan oleh kesihatan mulut yang kurang baik atau tabiat buruk seperti merokok. Maka, dapat difahami yang ramai mahukan gigi mereka menjadi lebih putih. Jika kesan kotoran permukaan menyumbang kepada perubahan warna gigi anda, anda boleh cuba menggunakan ubat gigi pemutih untuk memperbaiki rupa gigi anda.

Kandungan Ubat Gigi Pemutih

Ubat gigi biasa dan bukan pemutih direka bentuk untuk membantu menyingkirkan sedikit kesan kotoran permukaan sambil membersih gigi dan memperbaiki kesihatan mulut anda. Ubat gigi pemutih membantu menjadikan senyuman anda lebih bersinar dengan menyingkirkan lebih banyak kesan kotoran permukaan. Ubat gigi ini biasanya mengandungi lebih banyak kandungan pelelas, seperti silika, yang menyental permukaan gigi.

Memanfaatkan Sepenuhnya Ubat Gigi Anda

Selepas anda mula menggunakan ubat gigi pemutih, ia boleh mengambil masa beberapa minggu untuk melihat hasilnya. Ingat, bahawa ubat gigi pemutih tidak mengubah warna sebenar gigi anda, anda boleh membalikkan hasilnya dengan meneruskan tabiat yang menyumbang kepada kesan kotoran pada gigi.

Jika anda terus meminum kopi dan wain merah, anda mungkin tidak melihat hasil yang dijangkakan daripada ubat gigi. Begitu juga jika anda seorang perokok atau menggunakan produk tembakau tanpa asap. Malah makanan sihat, seperti bit dan beri biru, boleh menyebabkan gigi yang lebih gelap. Daripada mengelak memakan makanan yang sihat untuk memperoleh gigi yang lebih putih, jagnan lupa untuk memberus selepas makan dan minum banyak air semasa waktu makan untuk membersihkan mulut anda.

Pilihan Pemutih Lain

Ubat gigi pemutih tidak akan memberikan hasil putih bersinar dan dramatik melainkan anda mempunyai gigi yang sangat putih secara semula jadi. Jika anda benar-benar mahu memutihkan gigi anda, anda boleh mempertimbangkan untuk melunturkannya. Berjumpa doktor gigi anda untuk rawatan pemutihan gigi profesional, yang biasanya melibatkan penggunaan peluntur dan lampu khas. Anda juga boleh menggunakan produk pemutih di rumah, seperti pen pemutih, untuk melunturkan gigi anda. Berbincang dengan doktor gigi anda sebelum menggunakan sebarang produk pemutihan, terutamanya jika anda mempunyai sejarah gigi atau gusi sensitif.

Ingat bahawa hasil akan berbeza-beza apabila anda menggunakan ubat gigi pemutih dan produk pemutih lain. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat memperoleh senyuman yang putih sempurna jika anda mempunyai gigi kelabu. Rawatan pemutihan juga tidak akan mengubah warna tampalan, venir atau korona. Jika anda memutuskan untuk menggunakan ubat gigi pemutih, gunakannya mengikut arahan, dan ingat untuk memberus sekurang-kurangnya dua kali sehari dan flos bagi kesihatan menyeluruh gigi dan gusi anda.