PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Memberus dan membersihkan celah gigi dengan kerap menyediakan asas yang kukuh untuk kesihatan mulut anda. Anda boleh membantu mengekalkan senyuman anda dengan menggabungkan teknik memberus gigi yang betul dengan ubat gigi yang betul. Jika anda menghadapi masalah dengan penumpukan plak dan tartar, ubat gigi kawalan tartar mungkin penggalak yang diperlukan dalam rutin penjagaan mulut anda. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang ubat gigi kawalan tartar dan manfaatnya.
Secara ringkasnya; tartar ialah plak yang mengeras. Anda tahu bahawa plak ialah filem bakteria melekit yang sentiasa menyelaputi gigi anda. Plak memakan gula dalam makanan anda dan menghasilkan asid yang boleh membahayakan enamel anda dan menyebabkan kereputan gigi dan penyakit gusi. Jika tidak dibuang, plak akhirnya menyerap kalsium dan fosfat dalam air liur anda dan mengeras menjadi tartar, juga dikenali sebagai kalkulus gigi.
Tartar muncul sebagai mendapan kasar kekuningan di sepanjang garis gusi, yang mungkin menyebabkan anda sedikit risau akan rupa anda. Walau bagaimanapun — yang lebih penting — tartar boleh terbentuk di atas dan di bawah garis gusi serta di antara gigi anda. Ini menjadikan anda berisiko menghidap penyakit periodontal.
Pada peringkat awal penyakit periodontal, tartar menyebabkan sedikit kerengsaan gusi, seperti gusi yang meradang, merah atau berdarah. Jika ditangani lebih awal, penyakit gusi boleh dipulihkan dengan rawatan daripada pakar gigi anda dan penjagaan mulut yang betul. Jika tartar tidak dibuang, jangkitan boleh merebak ke tisu dan tulang yang menyokong gigi anda lalu mengakibatkan poket periodontal, kelesapan tulang, dan — akhirnya — kehilangan gigi. Mujurlah anda mempunyai akses kepada semua alat yang anda perlukan untuk membuang plak, melawan tartar dan memastikan senyuman anda ceria dan sihat.
Jika anda sentiasa melawan penumpukan plak, pakar gigi anda mungkin mengesyorkan ubat gigi kawalan tartar. Semak manfaat menambahkan ubat gigi penyingkiran plak kepada rutin anda:
Malangnya, apabila tartar terbentuk pada gigi anda, ubat gigi tidak memadai untuk menghilangkannya. Jika anda melihat penumpukan tartar pada gigi anda, buat temu janji dengan pakar gigi anda. Doktor gigi atau juruhigin pergigian anda akan menyingkirkan tartar menggunakan rawatan bukan pembedahan yang dipanggil penskaleran untuk membuang plak dan tartar di atas dan di bawah garis gusi dengan berhati-hati.
Kawalan terhadap kesihatan mulut anda bermula dengan teknik memberus yang betul dan alat yang betul. Menambah ubat gigi kawalan tartar kepada alat penjagaan mulut anda boleh membantu melindungi gigi anda daripada kesan berbahaya plak. Tanya pakar gigi anda tentang cadangan ubat gigi kawalan tartar terbaik dan ambil satu langkah lagi ke arah senyuman yang lebih sihat.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ialah alternatif bagi gigi palsu tradisional. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu dan sama ada anda harus bertanya kepada doktor gigi mengenai pilihan ini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat