Pemutihan Gigi

Bagaimanakah Pemutihan Gigi Berfungsi?

Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

Terdapat banyak cara untuk memutihkan gigi anda — dari ubat gigi pemutih dan produk lain yang boleh menanggalkan kesan kotoran yang tebal pada permukaan dengan kos yang sangat rendah, hinggalah teknik pemutihan yang diaktifkan cahaya di klinik doktor gigi yang menelan kos sehingga 1000 USD (4217.50 MYR) dan boleh memberikan hasil yang mengagumkan.

 

Semua teknik pemutihan berfungsi dengan salah satu cara ini:

  1. Bleaching removes both deep & surface stains.Pemutihan menggunakan bahan peluntur menanggalkan kotoran dalam & pada permukaan.

    Prosedur pemutihan dengan peluntur mengubah warna gigi semula jadi anda, biasanya antara lima hingga tujuh kali lebih putih. Pemutihan di klinik doktor gigi dan pemutihan di rumah (menggunakan dulang) bergantung pada bahan pemutih. Bahan pemutih atau peluntur mengandungi bahan aktif, biasanya karbamida peroksida atau hidrogen peroksida dalam kepekatan 10-22%, yang membantu menanggalkan kesan kotoran dalam dan pada permukaan gigi. Terdapat perbezaan kos yang ketara antara prosedur pemutihan yang berbeza:

    • Sesi pemutihan yang diaktifkan cahaya di klinik doktor gigi, yang juga dikenali sebagai "chairside bleaching", boleh menelan kos 500 USD (2108.75 MYR) atau lebih tinggi dan biasanya mampu memutihkan gigi dengan ketara dan serta-merta. Walau bagaimanapun, selepas lebih setahun mengamalkan makan dan minum seperti biasa (kopi, teh, minuman ringan), warna gigi anda akan berubah semula dengan kesan kotoran yang baru. Dengan pemutihan di klinik doktor gigi, anda perlu membayar 500 USD (2108.75 MYR) untuk memutihkan gigi anda sekali lagi.

    • Alat mulut tersuai yang dibuat oleh doktor gigi anda untuk pemutihan di rumah berharga kira-kira 300 USD (1265.25 MYR)  dan biasanya dipakai selama beberapa jam sehari atau semalaman selama dua minggu. Apabila anda perasan ada kesan kotoran baru, anda hanya perlu memakai alat itu sekali lagi selama satu atau dua malam untuk menghilangkan kesan kotoran.

    • Produk pemutih gigi tanpa preskripsi (yang boleh didapati di kedai ubat) termasuk pemakaian dulang didih dan gigit (boil and bite tray), gel pemutih menggunakan berus dan jalur pemutih dalam harga antara 10 USD (42.18 MYR) hingga 45 USD (189.79 MYR).

  2. Abrasion removes most external stains.Pelelas menanggalkan kebanyakan kesan kotoran luaran.

    Prosedur pemutihan tanpa peluntur berfungsi dengan tindakan fizikal dan/atau kimia untuk membantu menghilangkan kesan kotoran pada permukaan gigi. Semua ubat gigi perlu mengandungi bahan pelelas ringan untuk menanggalkan kesan kotoran pada permukaan antara lawatan anda ke klinik gigi. Ubat gigi pemutih mengandungi bahan kimia atau penggilap khas yang bertindak menanggalkan kesan kotoran tambahan. Pembersihan profesional oleh doktor gigi atau pakar kebersihan pergigian juga menggunakan pelelas dan penggilap untuk menanggalkan kebanyakan kesan kotoran luaran yang disebabkan oleh makanan dan tembakau.

Setiap orang memberikan tindak balas yang berbeza terhadap prosedur pemutihan yang berbeza. Sesetengah orang bertindak balas dengan baik terhadap ubat gigi pemutih, manakala mereka yang mempunyai gigi kelabu atau masalah perubahan warna lain yang serius mungkin memerlukan venir porselin atau ikatan (dibincangkan dalam topik lain dalam bahagian ini) untuk mendapat senyuman yang diidamkan. Hanya doktor gigi atau pakar kebersihan pergigian anda yang boleh menentukan prosedur yang sesuai untuk anda.

 

Hak Cipta © 2002, 2003 Colgate-Palmolive Company. Hak cipta terpelihara.