Terdapat banyak kemungkinan penyebab pipi bengkak. Dalam sesetengah kes, bengkak mungkin disebabkan oleh kecederaan atau trauma, seperti terjatuh atau melecur. Pipi bengkak mungkin juga berlaku selepas pembedahan pada rahang atau kawasan berdekatan yang lain. Kadangkala bengkak berlaku pada satu sisi, iaitu berlaku pada sebelah muka sahaja, manakala pada waktu lain berlaku pada kedua-dua sisi, iaitu menjejaskan kedua-dua belah muka. Doktor atau doktor gigi anda akan menilai gejala berdasarkan beberapa kemungkinan penyebab berikut untuk menentukan punca bengkak.
Jika anda mengalami pipi bengkak, anda mungkin tertanya-tanya sama ada cara merawat di rumah untuk menjadikan diri anda berasa lebih selesa. KKM menerangkan bahawa dengan menaikkan kepala anda semasa baring atau meningkatkan paras kepala dengan menggunakan bantal tambahan boleh membantu mengurangkan bengkak pada muka. Jika bengkak terjadi selepas pembedahan, KKM mengesyorkan penggunaan kompres sejuk.
Walau bagaimanapun, penawar di rumah tidak selalunya mencukupi untuk melegakan pipi bengkak. Sekiranya bengkak tidak hilang atau menjadi semakin teruk, KKM mencadangkan anda berjumpa pakar perubatan. Bengkak secara tiba-tiba, menyakitkan atau disusuli dengan demam seharusnya dinilai oleh doktor atau doktor gigi. Jika bengkak muka menyebabkan anda sukar bernafas, dapatkan rawatan kecemasan.
Terdapat pelbagai kemungkinan penyebab pipi bengkak. Doktor atau doktor gigi boleh menilai pipi, muka dan kaviti mulut anda untuk menentukan punca bengkak tersebut. Penilaian ini juga termasuk bertanyakan soalan tentang sejarah perubatan anda, seperti apabila bengkak bermula, serta menilai gejala anda yang lain. Mereka juga akan bertanyakan soalan mengenai alahan anda dan ubat-ubatan yang anda sedang ambil sekarang.
Selepas menentukan punca bengkak, doktor atau doktor gigi anda akan mengesyorkan rawatan yang sesuai, jika perlu. Jenis rawatan akan bergantung kepada punca bengkak tersebut. Sebagai contoh, jika pipi bengkak tersebut adalah gejala gigi bernanah, maka rawatan mungkin melibatkan antibiotik atau rawatan saluran akar, jelas Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pipi bengkak boleh mendatangkan ketidakselesaan dan boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan. Jika anda bimbang tentang pipi atau bahagian lain pada badan anda yang bengkak, berjumpalah dengan doktor atau doktor gigi anda.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.