Setiap orang mengalami mulut kering sekali-sekala — sekiranya mereka gugup, kecewa atau tertekan.
Tetapi jika anda sering atau sentiasa mengalami mulut kering, ini boleh menimbulkan ketidakselesaan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Mulut kering ...
Mulut kering bukanlah bahagian penuaan yang normal. Jadi, jika anda fikir anda mengalami mulut kering, berjumpa dengan doktor gigi atau doktor anda — ada perkara yang boleh anda lakukan untuk meredakannya.
Mulut kering ialah keadaan tidak mempunyai air liur atau ludah yang cukup untuk memastikan mulut sentiasa basah.
Gejalanya termasuk:
Tanpa air liur yang mencukupi, anda boleh mengalamai kereputan gigi atau jangkitan lain di mulut. Anda juga mungkin tidak mendapat nutrien yang diperlukan jika anda tidak dapat mengunyah dan menelan makanan tertentu.
Orang mengalami mulut kering apabila kelenjar pada mulut yang menghasilkan air liur tidak berfungsi dengan betul. Oleh sebab itu, air liur mungkin tidak mencukupi untuk memastikan mulut anda sentiasa basah. Terdapat beberapa sebab kelenjar ini (disebut kelenjar air liur) tidak berfungsi dengan betul.
Rawatan mulut kering bergantung kepada penyebab masalah tersebut. Jika anda fikir anda mengalami mulut kering, berjumpa dengan doktor gigi atau doktor anda. Mereka boleh cuba menentukan penyebab mulut kering anda.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.