gusi bengkak - colgate my
Badge field

Apa yang Perlu Dilakukan Dengan Pembengkakan Gusi

Published date field Terakhir dikemaskini:

Dikaji Secara Perubatan Oleh Komunikasi Sains Global Colgate

"Gusi saya bengkak; haruskah saya risau? " Itu sesuatu yang mungkin semua orang tanyakan pada suatu ketika. Gusi bengkak ialah masalah biasa bagi ramai orang, dan disebabkan oleh pelbagai penyebab. Kebanyakannya tidak perlu dirisaukan dan mudah diselesaikan dengan rawatan. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai gusi yang bengkak dan rengsa.

Tanda-tanda Pembengkakan Gusi

Selepas memberus, memflos gigi (yang juga disebut pembersihan antara gigi), atau makan sesuatu yang rangup atau keras biasanya ialah waktu anda akan perasan ada pembengkakan gusi. Gusi anda mungkin berwarna merah, meradang, bengkak, dan menjadi lembut. Nafas berbau yang kerap, luka mulut dan penyusutan gusi juga merupakan tanda-tanda pembengkakan gusi. Anda harus berjumpa pakar gigi jika anda sering mengalami gejala ini, jika sudah lama berlanjutan, atau jika keadaan semakin teruk. Ini mungkin tanda bahawa sesuatu yang lebih teruk akan berlaku.

Penyebab Pembengkakan Gusi

Penyebab utama keradangan gusi ialah plak, juga dikenali sebagai biofilem. Penuaan, tekanan, kegemukan, tembakau dan genetik boleh meningkatkan risiko anda. Berikut ialah beberapa penyebab yang lazim:

  • Gingivitis: Penyebab utama gusi bengkak ialah gingivitis. Berus dan flos gigi dengan teliti
  • Ubat-ubatan: Jika anda baru mengambil ubat baharu dan menyedari ada masalah gusi, sila berbincang dengan doktor anda. Ini mungkin kesan sampingan daripada ubat anda
  • Ubat gigi atau ubat kumur yang berbeza: Sekiranya anda menukar jenama baru-baru ini, anda mungkin mengalami reaksi
  • Pemakanan Tidak Seimbang: Pastikan untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan anda. Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan gusi meradang jika anda tidak mendapat dos harian yang disyorkan
  • Kehamilan: Gusi yang bengkak, meradang dan sensitif ialah perkara biasa semasa kehamilan kerana perubahan hormon
  • Peralatan Pergigian yang Dipasang: pendakap, penahan dan gigi palsu sering dikaitkan dengan gusi yang bengkak atau luka

Dapatkan Kelegaan: Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Apabila Merawat Gusi Bengkak

Berikut ialah beberapa petua yang boleh memberikan kelegaan jangka panjang atau sementara dan senarai perkara yang tidak boleh dilakukan jika anda mengalami gusi bengkak.

Lakukan:

  • Buat janji temu. Beritahu pakar gigi anda
  • Tingkatkan kebersihan mulut anda. Berus dan flos gigi dengan kerap
  • Makan dengan sihat. Banyakkan pengambilan buah dan sayur anda, dan elakkan soda dan minuman berkafein untuk seketika
  • Kumur mulut anda dengan air garam. Garam membantu mengurangkan bengkak gusi dan meredakan rasa sakit yang timbul
  • Cuba ubat antiradang. Ubat tanpa preskripsi seperti ibuprofen dapat membantu mengurangkan bengkak dan meredakan rasa sakit
  • Makan makanan sejuk. Makan makanan yang lembut dan sejuk dapat membantu mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan anda
  • Cuba benzokin. Jika gusi yang bengkak menyukarkan anda untuk makan, minum atau bercakap, cuba gunakan produk benzokin

Jangan:

  • Jangan abaikan masalah tersebut. Sekiranya bengkak berterusan, buat janji temu dengan pakar gigi anda
  • Berhenti menggunakan perengsa. Sekiranya ubat gigi atau ubat kumur tertentu merengsakan mulut anda, jangan gunakannya. Harap maklum bahawa ubat kumur yang mengandungi alkohol juga boleh menyebabkan kerengsaan
  • Jangan ambil arak dan tembakau. Produk ini boleh merengsakan gusi dan menjadikan bengkak lebih teruk

Mencegah Pembengkakan Gusi

Penjagaan mulut yang baik dan mengikuti lawatan pergigian rutin anda ialah kaedah terbaik untuk mencegah pembengkakan gusi. Anda harus memberus dan memflos gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Melakukan rutin ini selepas setiap kali makan adalah lebih bagus. Ini akan membantu mencegah penumpukan plak yang membawa kepada masalah gusi. Walaupun dengan penjagaan mulut di rumah yang teratur, plak boleh mengeras dan menjadi tartar. Itulah sebabnya janji temu dan pemeriksaan kebersihan gigi secara berkala ialah satu kemestian.

Gusi bengkak tidak boleh dipandang enteng. Selalunya, anda boleh mengatasi sendiri masalah ini. Sebaik sahaja anda mengetahui penyebab gusi bengkak, anda boleh mula merawatnya. Pastikan anda berbincang dengan pakar gigi anda sekiranya itu ialah masalah kronik yang tidak beransur pulih.