PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Kerosakan gigi ialah masalah biasa untuk kanak-kanak. Apakah ubat gigi yang terbaik untuk kanak-kanak yang mempunyai gigi berlubang? Untuk menguatkan gigi, memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida ialah langkah yang terbaik. Fluorida ialah mineral semula jadi yang menguatkan lapisan luar gigi (enamel), melindunginya daripada serangan asid yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Colgate menyediakan pelbagai jenis ubat gigi berperisa untuk kanak-kanak yang membantu melawan kaviti dan mengekalkan senyuman yang bersih dan sihat.
Memberus dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida ialah cara yang terbukti berkesan untuk melindungi dan menguatkan gigi si kecil. Gigi secara semula jadi melalui proses pengurangan mineral dan penambahan semula mineral; kuman di dalam mulut menghasilkan asid yang boleh melarutkan enamel gigi. Fluorida dan mineral lain di dalam air liur, misalnya kalsium dan fosfat boleh membaiki atau menambah semula mineral pada gigi. Penghapusan plak yang terdiri daripada bakteria, dan penggunaan ubat gigi kanak-kanak berfluorida boleh melawan punca kerosakan gigi (plak dan kuman) dan pada masa yang sama menguatkan gigi anak anda.
Untuk memastikan anak anda menikmati manfaat penuh ubat gigi kanak-kanak, pastikan dia memberus gigi selama dua minit penuh.
Anda boleh mengambil langkah-langkah tambahan untuk mencegah gigi berlubang selain memberus gigi dengan ubat gigi terbaik untuk kanak-kanak. Memflos juga penting untuk melindungi daripada gigi berlubang. Sehingga kira-kira 8 tahun, flos gigi anak anda selepas anda membantunya memberus gigi. Ini akan menanggalkan plak dari sekeliling garis gusi dan celah-celah gigi yang sukar dicapai dengan berus gigi.
Jadualkan janji temu dengan doktor gigi kanak-kanak setiap enam bulan setelah anak anda mencapai usia satu tahun. Doktor gigi anda bukan sahaja dapat membersih gigi anak anda secara profesional dan memeriksa untuk tanda-tanda kerosakan gigi, dia juga boleh memberikan rawatan fluorida untuk perlindungan tambahan terhadap kaviti. Doktor gigi juga mungkin menyarankan pilihan lain untuk menambah pengambilan mineral seperti suplemen kanak-kanak atau air minuman berfluorida. Pastikan untuk bertanya mengenai pengambilan fluorida anak anda pada lawatan yang berikutnya.
Ubat gigi berfluorida ialah ubat gigi yang terbaik bukan sahaja untuk kanak-kanak dengan gigi berlubang. Fluorida melindungi enamel dan merupakan unsur penting untuk memastikan gigi susu dan gigi kekal yang belum timbul tetap sihat dan kuat. Colgate menawarkan perlindungan kaviti yang sesuai untuk setiap kanak-kanak sama ada mereka lebih menggemari ubat gigi berperisa buah atau berperisa pudina.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Berikut ialah beberapa petua untuk membantu mencegah kaviti bagi mereka yang suka makan makanan manis
Cari teks dan ilustrasi untuk membantu anda mengetahui punca pereputan gigi supaya anda boleh menikmati senyuman yang sihat dan cantik.
Pada suatu masa dahulu, pesakit gigi percaya sakit gigi disebabkan oleh cacing gigi yang memakan gigi mereka dari dalam ke luar. Adakah cacing gigi benar-benar wujud?
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat