Ikuti langkah-langkah ini untuk mulut yang sihat.
Bayi memerlukan gigi yang sihat untuk makan, bercakap dan senyum. Berikut adalah tiga cara untuk melindungi senyuman bayi anda.
Kaviti Awal Kanak-Kanak merupakan penyakit pergigian yang serius. Penyakit ini mengakibatkan kaviti, kesakitan, jangkitan, kehilangan gigi awal, masalah pertuturan dan kehilangan harga diri.
Kaviti Awal Kanak-kanak boleh dicegah. Berikut adalah beberapa petua:
Berikut adalah empat cara untuk melindungi senyuman bayi.
Berikut adalah tiga cara penting untuk melindungi senyuman si manja anda.
Hadkan kekerapan si manja makan snek setiap hari. Elakkan memberi anak anda minuman bersoda, gula-gula dan makanan berkanji seperti kerepek dan keropok. Snek jenis ini boleh menyebabkan kaviti.
Elakkan daripada sentiasa memakan snek atau kudapan. Setiap kali anak anda memakan makanan manis atau berkanji, terdapat "serangan asid" pada gigi. Semakin banyak "serangan asid", semakin banyak kaviti yang terhasil. Jika anda memilih untuk menawarkan makanan manis atau berkanji, berikannya semasa waktu makan.
Peringatan; Menurut Akademi Pediatrik Amerika, anak anda seharusnya tidak lagi menggunakan botol susu pada peringkat ini. Penggunaan botol susu untuk tempoh masa yang lama atau semasa tidur boleh menyebabkan kerosakan gigi. Kerosakan ini boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan serta juga merosakkan senyuman indah anak anda!
Senarai Snek untuk Gigi yang Sihat Sayangi anak-anak anda dengan memberi mereka snek yang sihat untuk gigi.
Hadkan memakan snek kepada 2-3 kali sehari.
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Berus gigi si manja selepas sarapan dan sebelum waktu tidur. Gunakan berus gigi lembut bersaiz kanak-kanak untuk membersihkan gigi dan gusi. Apabila si manja anda sudah pandai meludah, gunakan ubat gigi fluorida dalam kuantiti bersaiz kacang pea pada berus gigi.
Anak anda boleh mula berlatih memberus giginya sendiri, namun anda masih perlu membantunya. Apabila anak anda selesai memberus gigi, anda harus melengkapkannya agar bersih. Kebanyakan kanak-kanak kecil tidak tahu memberus gigi dengan baik sehingga berusia kira-kira 6 tahun.
Ingat – doktor gigi adalah rakan anda! Selepas pemeriksaan pertama pada usia 1 tahun, anak anda harus berjumpa doktor gigi secara berkala.
Sebelum anda pergi, anda mungkin mahu bermain peranan doktor gigi dengan anak anda. Gunakan lampu suluh dan cermin dan kira gigi masing-masing. Bacakan buku kepada anak anda tentang berjumpa doktor gigi.
Ingatkan anak anda apa yang akan berlaku semasa lawatan pergigian. Anda boleh berkata "Doktor gigi mahu berjumpa anda lagi – dan mungkin mengambil gambar gigi anda!" Pastikan mesej anda kekal positif.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.