PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Kebersihan mulut yang betul tidak hanya untuk menyegarkan nafas anda selepas makan tengah hari. Anda mungkin pernah mendengar tentang produk penjagaan mulut yang melawan plak atau mendengar tentang kepentingan memflos gigi, tetapi apakah plak itu sebenarnya? Ketahui tentang plak dan cara membuang dan mencegah plak daripada merosakkan gigi dengan panduan ini.
Plak — juga dipanggil biofilem — ialah lapisan bakteria tanpa warna yang menumpuk pada gigi anda. Apabila kita makan makanan yang penuh dengan karbohidrat, bakteria di dalam mulut kita memakan karbohidrat tersebut dan menghasilkan asid. Menurut American Dental Association (ADA), asid tersebut dapat melemahkan enamel dan meningkatkan risiko diserang kaviti. Kemudian, plak akhirnya akan mengeras menjadi tartar dan membuat gusi anda membengkak dan mudah berdarah, iaitu tanda awal penyakit gusi. Berita baiknya adalah pembuangan plak mudah dilakukan dengan kebersihan mulut yang baik dan bantuan juruhigin pergigian anda.
Menyingkirkan biofilem yang melekit itu mudah. Membersihkan semua permukaan gigi, celah gigi dan di bawah garis gusi dengan teliti dapat membantu menyingkirkan sisa makanan yang menjadi makanan bakteria. Apabila plak mengeras menjadi tartar yang juga dikenali sebagai kalkulus, anda mesti berjumpa dengan juruhigin pergigian untuk membuangnya kerana berus gigi dan flos biasa tidak dapat menyingkirkannya.
Anda harus memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau selepas setiap kali makan. Berus sekurang-kurangnya dua minit untuk mengelakkan penumpukan bakteria dan kereputan. Tidak perlu menekan atau memberus terlalu kuat untuk menghilangkan plak. Penggunaan berus gigi berus lembut dan ubat gigi fluorida untuk memberus setiap gigi akan membantu membuang tumpukan dan sisa makanan.
Ingat bahawa bakteria menyukai karbohidrat yang terdapat dalam gula-gula, soda atau makanan ringan. Oleh itu, mengurangkan jumlah makanan dan minuman ini, di samping memberus dan membersihkan gigi anda sangat penting untuk memastikan plak terkawal.
Pembersihan celah gigi dan bawah garis gusi sangat penting untuk menyingkirkan biofilem dan plak serta dapat membantu mencegah gingivitis dan kereputan gigi. Terdapat beberapa jenis produk yang akan membersihkan tempat tersebut yang sukar dicapai.
Tanya juruhigin pergigian anda untuk cadangan mengenai produk flos, atau anda boleh mencari Meterai Penerimaan ADA bagi produk yang diluluskan oleh mereka.
Menurut Cleveland Clinic, penumpukan plak dapat dicegah dengan mudah dengan penjagaan yang betul. Memandangkan anda sudah mengetahui cara bakteria menumpuk pada gigi anda, jangan lupa untuk melakukan perkara berikut:
Sekiranya plak menumpuk terlalu lama, ia akan mengeras menjadi tartar dan tidak dapat dibuang di rumah. Mujurlah, doktor gigi dan juruhigin pergigian anda dapat merawat masalah penumpukan plak atau tartar dan memberi anda arahan khas untuk keadaan anda yang sebenar. Selamat memberus gigi. Anda boleh melakukannya!
Tartar boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mulut anda, jadi penumpukan tartar tidak boleh dibiarkan. Tidak kira apa pun yang anda dengar atau baca, membuang tartar di rumah bukan idea yang baik.
Seberapa penting memflos gigi untuk anda? Ramai orang tidak suka memflos gigi. Mengapa? Kerana bagi kebanyakan orang, ini mungkin satu tugas yang mencabar. Berikut ialah sebab anda tidak patut mengabaikan langkah ini.
Memflos gigi ialah cara yang cepat dan berkesan untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi anda. Temui teknik memflos gigi di Colgate.com dan ketahui jenis flos yang patut anda gunakan. Colgate ialah rakan anda dalam kesihatan gigi, jadi lawati kami dalam talian.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat