cara hilangkan bau mulut - colgate my
Badge field

Mulut Berbau? Cari Rawatan Halitosis Yang Terbaik

Published date field Terakhir dikemaskini:

Kita semua pernah mengalaminya: mulut berbau. Ia memang memalukan - tetapi sangat biasa. Apa yang patut anda lakukan apabila masalah ini sentiasa berlaku?

Cara terbaik untuk merawat halitosis ialah pencegahan dengan menggunakan teknik memberus dan memflos yang betul.

Tetapi jika anda ingin sesuatu yang cepat, berikut adalah beberapa cara untuk menangani nafas berbau.

Makan Sihat Nafas Sihat

Perlukan penyelesaian cepat untuk nafas berbau? Cuba makan daun parsli yang menghias hidangan anda. Herba tertentu seperti parsli, mempunyai sifat yang dapat membersihkan mulut anda. Parsli juga berbau segar dan boleh menyembunyikan sebarang makanan yang meninggalkan bau yang kuat dalam mulut anda.

Jika tidak dapat menjumpai daun parsli, cuba kunyah sayur-sayuran yang rangup. Hirisan lobak merah, tangkai seleri, buah epal atau brokoli juga berkesan. Makanan ini menyihatkan badan dan serat yang terkandung dalam sayuran membantu melonggarkan makanan daripada gigi dan mencegah pengumpulan plak yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Ubat Kumur, Gula-gula Getah dan Puding

Produk-produk ini berkesan sebagai rawatan sementara untuk halitosis. Tetapi, menurut Persautan Pergigian Amerika, ia bukanlah rawatan jangka panjang. Produk kosmetik seperti ini tidak membunuh bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Ubat kumur kosmetik, contohnya, hanya berkesan kerana mengandungi perisa yang menyembunyikan nafas berbau. Apabila wangian ini mula pudar, bakteria yang menyebabkan bau busuk masih kekal.

Produk gula-gula getah dan pudina juga boleh menutup nafas berbau secara sementara, tetapi kebanyakannya mengandungi gula. Periksa label produk sebelum anda membelinya. Doktor gigi menyarankan jenis tanpa gula atau elak daripada menggunakan produk bergula secara berlebihan.

Jika anda mengalami masalah nafas berbau di tempat kerja, simpan botol ubat kumur di dalam laci meja anda. Untuk acara sosial, jangan tunggu sehingga nafas anda berbau, sediakan bekalan terlebih dahulu! Beli sekotak gula-gula getah atau pudina. Simpan di dalam dompet atau beg tangan untuk waktu kecemasan.

Dapatkan Nasihat Pakar Pergigian

Jika anda sentiasa mengalami nafas berbau, rawatan terbaik untuk halitosis mungkin dapat disediakan oleh doktor gigi atau pakar kebersihan pergigian. Penyakit seperti kencing manis, penyakit gusi atau jangkitan tertentu boleh menyebabkan nafas berbau. Sekiranya anda terlalu bergantung pada gula-gula pudina atau ubat kumur, itu mungkin petanda sesuatu masalah yang lain. Jadi, jangan risau untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi anda.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.