PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Kadang-kadang disebut sebagai halitosis, nafas berbau biasanya disebabkan oleh tabiat kebersihan mulut yang buruk, jangkitan yang berlaku di mulut, tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol, serta makanan yang anda makan. Penyebab lain termasuklah mulut kering, jangkitan saluran pernafasan, penyakit sistemik seperti diabetes, penyakit ginjal, hati dan paru-paru serta masalah gastrousus, yang mungkin meangkumi refluks asid dan masalah pencernaan perut yang lain.
Nafas berbau busuk berbeza-beza, bergantung kepada sumber atau penyebabnya. Sesetengah orang terlalu risau tentang nafas mereka, walaupun mereka mempunyai sedikit atau tiada langsung bau mulut, sementara ada yang mempunyai nafas berbau tetapi tidak menyedarinya. Antara gejala dasar ialah kebersihan mulut yang buruk yang disebabkan oleh plak gigi, sisa makanan dan perkembangan gingivitis. Memandangkan kita sukar untuk menilai bau nafas kita sendiri, cuba hidu nafas anda dengan menekup hidung dan mulut anda, kemudian bernafas, bertanya kepada saudara-mara, dan pertimbangkan untuk berjumpa doktor gigi untuk mengesahkan sama ada nafas berbau ialah masalah bagi anda dan ketahui cara merawatnya.
Menentukan punca nafas berbau agak sukar tanpa bantuan pakar kesihatan kerana terdapat banyak kemungkinan yang boleh menjadi penyebabnya. Oleh itu, buat janji temu dengan doktor gigi anda yang dapat memberikan diagnosis dan merujuk anda kepada pakar perubatan keluarga atau profesional perubatan lain, jika perlu.
Sentiasa pastikan anda mengamalkan tabiat penjagaan mulut yang terbaik. Memberus dua kali sehari dan memflos gigi setiap hari akan membantu mengawal perkembangan plak, manakala penggunaan pengikis lidah akan membantu mengawal bakteria penyebab bau yang terbentuk di lidah. Penggunaan flos adalah penting untuk memastikan celah gigi anda bersih. Berjumpa doktor gigi secara berkala dua kali setahun untuk pemeriksaan dan pembersihan profesional juga merupakan langkah terbaik.
Walaupun nafas berbau mungkin tidak serius, sekiranya teknik penjagaan diri yang mudah tidak dapat menyelesaikan masalah itu, anda harus berjumpa dengan doktor gigi atau pakar perubatan anda.
Apakah jenis ubat kumur mulut yang anda patut pilih untuk menghilangkan bau mulut? Panduan ini akan menjawab soalan tersebut dan banyak lagi.
Terdapat perbezaan besar antara nafas berbau sekali-sekala yang dialami oleh semua orang dengan nafas berbau yang kronik atau halitosis. Ketahui lebih lanjut, di sini.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat