PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Nafas berbau mungkin berpunca daripada sesuatu yang lebih serius, oleh itu, ketahui sebab-sebab dan cara menangani halitosis.
"Lebih kurang 75 peratus daripada nafas berbau atau "halitosis" adalah disebabkan oleh mulut sendiri. Penyebab lain termasuk masalah gastrik, jangkitan sinus atau penyakit gusi yang teruk,” kata Mark Wolff, DDS, Ph.D, pengarah pergigian operatif di State University of New York, Stony Brook.
Salah satu kunci kejayaan rawatan nafas berbau adalah dengan menentukan penyebabnya. Sebaik sahaja profesional pergigian anda mengenal pasti penyebabnya, rawatan nafas berbau boleh dimulakan1.
Kajian terbaharu menunjukkan terdapat hubungan antara penyakit mulut dan penyakit sistemik ( diabetes, penyakit kardiovaskular, strok, jangkitan pernafasan dan penyakit Alzheimer) dan keadaan perubatan lain. Apabila berlaku keradangan pada tisu gigi yang menyebabkan terjadinya gingivitis, pengantara keradangan yang dipanggil sitokin yang terdapat dalam tisu gusi boleh memasuki air liur anda dan juga disedut ke dalam paru-paru. Bakteria yang menjadi punca penyakit periodontium juga dapat memasuki sistem peredaran di sekeliling gigi dan dibawa ke bahagian tubuh yang lain. Bakteria mulut boleh menyebabkan jangkitan sekunder atau keradangan tisu atau sistem organ lain dalam tubuh.
Jika anda percaya nafas anda berbau disebabkan diet, anda perlu berjumpa pakar diet atau pakar pemakanan yang boleh membantu anda mengubah diet anda. Jika anda tidak menjaga kebersihan mulut dan menghidap gingivitis (keradangan tisu gusi di dalam mulut) atau menghidap penyakit periodontium (kelesapan tulang di sekeliling gigi yang kadang-kadang dirujuk sebagai "piorea"), dapatkan nasihat daripada doktor gigi dan pakar periodontik. Dapatkan juga bantuan daripada pakar kebersihan pergigian untuk merawat gingivitis, serta arahan terperinci tentang kebersihan mulut di rumah. Jangkitan tonsil dan pernafasan memerlukan rawatan susulan oleh pakar perubatan atau doktor pakar, seperti pakar telinga, hidung dan tekak atau pakar pulmonologi.
Sebahagian besar penduduk Amerika Syarikat menghidap masalah mulut kering yang disebabkan oleh ubat-ubatan yang diambil, disfungsi kelenjar air liur dan rawatan sinaran dan kemoterapi untuk kanser.
Sila rujuk pakar bedah maksilofasial mulut anda,
doktor pakar atau pakar onkologi anda untuk mendapatkan nasihat profesional mereka berkenaan preskripsi atau produk tanpa preskripsi yang boleh melegakan simptom mulut kering. Pesakit yang menghidap diabetes, penyakit hati atau buah pinggang dan gangguan gastrousus perlu berjumpa pakar perubatan, pakar urologi atau pakar gastroenterologi untuk mendapatkan pandangan pakar-pakar ini berkenaan cara mengurangkan nafas berbau yang dikaitkan dengan penyakit sistemik. Hubungi klinik doktor gigi anda dan dapatkan cadangan tentang pakar pergigian atau pakar perubatan yang patut anda jumpa untuk merawat masalah nafas berbau.
Apakah jenis ubat kumur mulut yang anda patut pilih untuk menghilangkan bau mulut? Panduan ini akan menjawab soalan tersebut dan banyak lagi.
Terdapat perbezaan besar antara nafas berbau sekali-sekala yang dialami oleh semua orang dengan nafas berbau yang kronik atau halitosis. Ketahui lebih lanjut, di sini.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat