PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Halitosis yang juga dikenali sebagai nafas berbau, ialah satu masalah yang memalukan dan tidak diinginkan oleh sesiapa. Namun kebanyakan daripada kita pernah mengalaminya. Untuk mengetahui cara menyembuhkan nafas berbau, kita harus terlebih dahulu memahami puncanya.
Mulut dipenuhi dengan bakteria, dan nafas berbau biasanya disebabkan oleh mulut yang kurang bersih. Makanan sering terperangkap di antara celah-celah gigi dan sepanjang garis gusi yang menjadi tempat pembiakan bakteria. Apabila kawasan ini tidak dibersihkan, nafas berbau boleh terjadi. Satu lagi penyebab nafas berbau ialah makanan yang berbau kuat, misalnya bawang putih, bawang merah dan minuman alkohol. Makanan jenis ini menghasilkan bau mulut yang kurang menyenangkan, dan sebahagian daripadanya akan diserap oleh badan anda dan memasuki saluran darah, seterusnya menyebabkan anda menghembus nafas berbau menerusi paru-paru. Nafas berbau juga mungkin merupakan petanda penyakit yang serius, misalnya kencing manis, kegagalan fungsi hati atau penyakit buah pinggang.
Ketahui cara mengatasi nafas berbau mengikuti beberapa petua mudah ini:
Untuk hasil yang terbaik, sekurang-kurangnya berus gigi anda dua kali sehari dan flos sekali sehari. Ini dapat menanggalkan makanan dan bakteria yang terperangkap di antara celah-celah gigi dan sepanjang garis gusi anda dengan berkesan.
Memberus dan memflos gigi sahaja tidak mencukupi. Lidah juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria, sel mati dan sisa makanan. Gunakan berus gigi atau pembersih lidah untuk membersihkan lidah anda.
Mulut kering berlaku apabila tiada air liur yang mencukupi di dalam mulut. Ini biasa berlaku apabila anda bangun tidur dengan "nafas pagi".Tetapi ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Air liur diperlukan untuk membantu membersihkan mulut dan cebisan makanan yang terdapat di dalam mulut. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk merangsang penghasilan air liur.
Mudahlah mengelakkan makanan yang menjadi punca biasa nafas berbau, tetapi anda juga harus berjaga-jaga tabiat pemakanan anda. Diet mengandungi protein tinggi dan karbohidrat rendah mungkin bagus untuk kesihatan tetapi ia boleh menyebabkan bau mulut yang kurang menyenangkan. Karbohidrat yang tidak mencukupi akan mencetuskan badan anda untuk membakar lemak dan bukannya gula, yang seterusnya menyebabkan nafas berbau.
Jika anda mengamalkan kebersihan mulut yang baik tetapi masih mengalami nafas berbau, mungkin telah tiba masanya untuk berjumpa doktor gigi anda untuk memeriksa jika nafas anda berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Apakah jenis ubat kumur mulut yang anda patut pilih untuk menghilangkan bau mulut? Panduan ini akan menjawab soalan tersebut dan banyak lagi.
Terdapat perbezaan besar antara nafas berbau sekali-sekala yang dialami oleh semua orang dengan nafas berbau yang kronik atau halitosis. Ketahui lebih lanjut, di sini.
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat