PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Mulut anda ialah rumah bagi berjuta-juta bakteria. Walaupun memberus dan memflos gigi setiap hari ialah cara yang bagus untuk membersihkan gigi dan meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan, rutin ini tidak menghilangkan bakteria yang terkumpul pada lidah anda. Bakteri ini boleh menghasilkan sebatian sulfur meruap (VSC), yang menyebabkan nafas berbau. Nafas berbau juga dikaitkan dengan masalah kesihatan tertentu.
Terdapat tiga alat untuk dipilih ketika hendak membersihkan lidah anda:
Alat pilihan ramai - pengikis lidah ialah cara terbaik untuk membersihkan lidah. Sekarang, anda boleh membeli pengikis yang diperbuat daripada logam atau plastik. Letakkan hujung alat di bahagian belakang lidah anda dan tarik pengikis ke hadapan dengan lembut. Kaedah pembersihan lidah ini telah terbukti membuang bakteria penyebab bau lebih baik berbanding membersihkan lidah dengan berus gigi.
Berus gigi ialah alat mudah yang boleh anda gunakan untuk menyingkirkan bakteria daripada lidah anda. Walau bagaimanapun, berus gigi mungkin tidak dapat membersihkan celahan halus pada permukaan lidah sebaik pengikis lidah. Sesetengah berus gigi direka dengan bulu di satu sisi kepala berus gigi untuk membersihkan gigi dan berus khas di sebelah yang lain untuk membersihkan lidah.
Berus lidah ialah berus mulut khas dengan bulu yang direka untuk membersihkan celahan halus pada lidah. Rekaan yang agak terkini ini sangat berkesan untuk menghilangkan bakteria penyebab bau setanding dengan pengikis lidah tradisional. Kini, anda juga dapat menjumpai produk gabungan yang mempunyai berus gigi di satu sisi dan berus lidah di sebelah yang lain.
Pengikis lidah boleh digunakan untuk membersihkan lidah anda sebelum atau selepas anda memberus gigi. Lidah anda sensitif, jadi penting untuk menggunakan pembersih dengan lembut dan tidak menekan terlalu kuat pada lidah anda. Berikut ialah beberapa petua pembersihan umum:
Pembersih lidah ialah cara yang murah untuk meningkatkan kebersihan mulut sambil membantu mencegah nafas berbau. Walaupun penggunaan pengikis lidah mungkin satu perkara baharu bagi sesetengah orang, membersihkan lidah anda sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut harian dapat mengukuhkan tabiat mulut yang baik dan meningkatkan kesegaran mulut anda.
Apakah jenis ubat kumur mulut yang anda patut pilih untuk menghilangkan bau mulut? Panduan ini akan menjawab soalan tersebut dan banyak lagi.
Terdapat perbezaan besar antara nafas berbau sekali-sekala yang dialami oleh semua orang dengan nafas berbau yang kronik atau halitosis. Ketahui lebih lanjut, di sini.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Berkumur dengan ubat kumur Colgate Plax Bebas Alkohol selepas memberus gigi untuk mulut yang lebih bersih, segar dan sihat
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat