5 Petua Cepat Untuk Menghilangkan Nafas Berbau

Cara menghilangkan mulut berbau - colgate my

Nafas berbau ialah masalah yang biasa berlaku. American Dental Association melaporkan separuh golongan dewasa pernah mengalami nafas berbau, dan apabila nafas sentiasa berbau, keyakinan diri anda mungkin terjejas, terutamanya di tempat kerja. Adakah nafas anda akan berbau di bilik mesyuarat? Semasa temu duga, adakah nafas berbau meninggalkan tanggapan pertama yang kurang baik di hadapan bakal bos baru? Adakah nafas berbau mampu mengubah hala tuju kerjaya anda? Berikut adalah lima penyelesaian cepat untuk nafas yang sentiasa berbau.

1. Gula-gula Pudina Tanpa Gula

Gula-gula pudina boleh digunakan untuk menyegarkan nafas anda dengan cepat sebelum mesyuarat yang penting. Ia tidak dapat menyembuh nafas berbau, tetapi mampu menutup bau yang tidak menyenangkan dan memberikan nafas segar berbau pudina yang sementara. Selain itu, saiz gula-gula pudina yang kecil mudah dibawa bersama di dalam poket anda.

Anda boleh mengambil gula-gula pudina dengan kerap selagi anda memilih jenis tanpa gula. Gula-gula pudina yang mengandungi gula boleh menyebabkan kerosakan gigi dan masalah pergigian yang lain.

2. Minum Air

Nafas yang sentiasa berbau boleh disebabkan oleh mulut kering, ini bermaksud mulut anda tidak menghasilkan air liur yang secukupnya. Air liur menanggalkan makanan yang boleh menyebabkan nafas berbau, dan tanpa air liur yang mencukupi, partikel-partikel ini akan kekal di dalam mulut dan mengakibatkan nafas berbau.

Meminum air sebelum mesyuarat atau temu duga bermula dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Untuk mesyuarat yang berpanjangan, bawa sebotol air bersama anda supaya anda boleh meneguk sedikit air jika perlu dan mengelakkan nafas berbau.

3. Kunyah Gula-gula Getah Tanpa Gula

Gula-gula getah tanpa gula ialah satu lagi cara yang mudah dan cepat untuk menghapuskan nafas berbau. Menurut Journal of Dental Research (Isfahan) mengunyah gula-gula getah merangsang aliran air liur, dan ini dapat membantu menyegarkan nafas jika bau yang tidak menyenangkan disebabkan oleh mulut yang kering. Aroma gula-gula getah akan membantu menutup bau disebaliknya, terutamanya jika anda memilih perisa yang berbau kuat seperti pudina atau kayu manis.

4. Gunakan Semburan Penyegar Mulut

Semburan penyegar mulut ialah produk berperisa yang boleh disembur ke dalam mulut untuk menyegarkan nafas dengan cepat. Semburan ini boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti kayu manis dan pudina. Ia adalah pilihan yang baik jika anda tidak sempat mengunyah gula-gula getah atau meminum segelas air. Pilih semburan penyegar tanpa gula untuk mengelakkan risiko kerosakan gigi

5. Gunakan Ubat Kumur

Ubat kumur boleh membantu menyegarkan nafas anda dengan cepat. Penyelesaian cepat ini berfungsi dengan membunuh mikroorganisma dalam mulut yang menyebabkan nafas berbau. Aroma pudina juga membantu menutup sebarang bau disebaliknya, misalnya tembakau, secara sementara.

Sebaiknya simpan sebotol kecil ubat kumur di dalam beg bimbit, tas tangan atau laci meja anda untuk memastikan anda sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat saat-saat akhir di tempat kerja. Gunakan ubat kumur antibakteria dan nikmati nafas yang lebih segar.

Penyelesaian Jangka Panjang

Ingat lima petua ini untuk mengekalkan nafas segar sepanjang hari. Walaupun ketika berjabat tangan dengan klien atau bersembang dengan rakan sekerja di pejabat, pastikan anda diingati untuk bakat anda bukan untuk nafas berbau. Namun begitu, gula-gula getah, pudina dan penyelesaian cepat yang lain hanyalah sementara. Jika anda mengalami nafas yang sentiasa berbau, pastikan anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mengetahui punca masalah ini. Nafas berbau mungkin disebabkan kebersihan mulut yang kurang baik, penyakit gusi, mulut kering atau masalah lain yang perlu diberi perhatian. Setelah mengetahui puncanya, doktor gigi anda boleh mencadangkan rawatan yang dapat menghilangkan nafas berbau secara kekal.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.

Artikel Berkaitan