Punca mulut berbau - colgate my
Badge field

Nafas Berbau Dari Perut? Dapatkan Informasi Dan Cara Menanganinya

Published date field

Berkenaan nafas berbau, ramai tahu untuk mengelakkan penyebab yang jelas misalnya makanan yang berbau kuat atau kerosakan gigi. Namun begitu, nafas berbau mungkin tidak berpunca dari mulut anda, tetapi perut anda. Sebenarnya, masalah nafas berbau dari perut mungkin lebih membingungkan berbanding nafas berbau yang biasa kerana ia lebih sukar untuk dikenal pasti, diasingkan dan dirawat. Walau bagaimanapun, memahamkan pelbagai penyebab halitosis yang berkaitan dengan perut dapat membantu anda mengenal pasti jika nafas berbau disebabkan oleh makanan yang beraroma kuat atau sesuatu yang lebih serius.

Penyebab Nafas Berbau

Saluran pencernaan mempengaruhi kesihatan mulut lebih daripada anda fikirkan. Berikut adalah beberapa masalah biasa berkenaan nafas berbau yang berpunca dari masalah perut.

  • GERD atau refluks. Jika anda biasa mengalami pedih ulu hati atau refluks selepas mengambil makanan tertentu – misalnya produk tenusu dan makanan pedas – maka nafas berbau mungkin berkaitan dengan kelebihan asid yang dihasilkan oleh saluran pencernaan anda. Asid tersebut boleh menghasilkan bau masam sehingga mengakibatkan bau gas yang mempengaruhi nafas anda. Menurut Mayo Clinic, nafas berbau mungkin tanda Penyakit Refluks Gastroesofagus atau GERD.
  • Penyakit buah pinggang. U.S. National Library of Medicine menasihati bahawa nafas yang berbau hanyir atau bau ammonia yang kuat mungkin menandakan penyakit buah pinggang kronik.
  • Ulser. Halitosis di mulut sering dikaitkan dengan bakteria H.pylori. Ia telah disimpulkan bahawa bakteria ini bukan sahaja menyumbang kepada ulser perut tetapi juga boleh mengeluarkan bau sulfur.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the College of Physicians and Surgeons Pakistan pada tahun 2012 mendapati bahawa walaupun hubungan antara H.pylori dan halitosis masih perlu dikaji selanjutnya, subjek yang dirawat untuk H.pylori melihatkan hasil yang positif terhadap nafas berbau mereka.

Langkah pertama untuk menangani nafas berbau yang disyaki berpunca dari perut ialah menentukan penyebabnya. Jika anda tahu bahawa anda sensitif terhadap makanan tertentu, maka anda tahu bahawa nafas berbau mungkin berkaitan dengan asid perut. Atau, jika anda menyedari bau yang kuat seperti bau ammonia, anda boleh menyimpulkan bahawa ia mungkin disebabkan jangkitan atau penyakit kronik buah pinggang. Bincang dengan doktor anda tentang apa yang disyaki menjadi penyebab halitosis anda, supaya anda boleh bersama-sama merancangkan rawatan untuk isu spesifik anda.

Sebaik sahaja anda menangani masalah nafas berbau, anda boleh mempertimbangkan pilihan rawatan lain untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan.

  • Elakkan pencetus nafas berbau anda. Perhatikan sekiranya terdapat pencetus yang menyebabkan nafas anda menjadi lebih teruk seperti makanan pedas atau produk tenusu supaya anda boleh mengelakkannya pada masa hadapan.
  • Kunyah gula-gula getah. American Dental Association menyarankan pengunyahan gula-gula getah tanpa gula untuk membantu menyingkirkan nafas berbau, walaupun untuk jangka masa pendek sementara anda menangani isu sebenar.
  • Jaga kesihatan mulut. Walaupun nafas berbau berpunca dari masalah perut, ini tidak bermaksud anda harus mengabaikan kebersihan mulut anda. Berus gigi dua kali sehari dan gunakan ubat kumur untuk membantu membunuh bakteria tertentu yang mengakibatkan nafas berbau.
  • Pengambilan probiotik. Nafas yang lebih baik boleh bermula dengan usus yang lebih sihat, jadi berbincanglah dengan doktor anda mengenai pengambilan probiotik atau tambah secawan yogurt setiap hari ke rutin kesihatan anda. Probiotik dapat memulihkan keseimbangan asid dalam saluran pencernaan anda supaya kecenderungan anda mengalami beberapa kesan negatif dapat dikurangkan.

Kuman dalam mulut tidak boleh sentiasa disalahkan untuk nafas berbau. Kadang kala, masalahnya jauh lebih daripada itu. Asingkan beberapa kesan sampingan yang anda alami selain nafas berbau dan bincang dengan doktor anda. Anda boleh menangani isu sebenar dan mencapai kesihatan usus dan mulut yang lebih sihat.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.